5 kereta sport JDM yang paling mahal

9320

Walaupun kereta sport terkenal dengan jenama pengeluar kereta dari Eropah, jentera sport keluaran Jepun juga apa kurangnya. Pengeluar kereta sport dari Jepun juga mempunyai nama yang popular di kalangan pencinta kenderaan segmen berkenaan terutama model-model JDM.

Contohnya Nissan GT-R atau Toyota Supra. Mengenai harga, ini tidak bermakna kereta sport keluaran Jepun lebih murah dari Eropah. Ada juga yang mencecah jutaan ringgit.



Berikut adalah lima kereta sport keluaran Jepun dengan harga paling mahal, dipetik dari Bestcarweb.jp:

Honda NSX

Honda NSX generasi kedua yang kini sudah ada di pasaran menjadi pesaing bagi supercar Ferrari dan Lamborghini, selepas generasi terdahulu merupakan saingan kepada pasaran Porsche 911. Honda NSX dikuasakan oleh enjin V6 3.5 litre biturbo, tiga motor elektrik (dua di hadapan dan satu di belakang) dan transmisi Dwi-klac 7-kelajuan yang menghasilkan 573hp dan 645Nm tork.

Malangnya bahagian dalam Honda NSX dikatakan tidak begitu memuaskan kerana ia tidak jauh berbeza dengan kereta yang lain. Kereta ini berharga bermula dari JPY 24.2 juta (RM900,344).

Lexus LFA

kereta sport keluaran Jepun

Lexus LFA membuat kemunculan pertamanya pada Tokyo Motor Show 2009. Kereta sport ini hanya dibuat sebanyak 500 unit. Ia dilengkapi enjin V10 untuk memberikan pengalaman memandu yang baik, selain menawarkan kemewahan. Lexus LFA berharga bermula dari JPY 37.5 juta atau bersamaan RM1,395,161.

Honda NSX-R GT

kereta sport keluaran Jepun

Honda NSX-R GT adalah model khas dengan jumlah unit yang terhad dan dikeluarkan pada Februari 2005. Edisi khas ini menerima kemasan khas seperti bampar depan untuk meningkatkan aerodinamik kereta dan pengambilan udara yang besar di bahagian depan.

Secara keseluruhannya, saiz kereta juga 180 mm lebih panjang dan 90 mm lebih lebar berbanding versi strandard. Ia dijual dengan harga bermula dari JPY 50 juta atau (RM1.86 juta).

Toyota GR Supersport

kereta sport keluaran Jepun

Toyota GR Supersport tidak lama lagi bakal dipasarkan sebagai kereta yang sah digunakan di jalan raya. Namanya akan diubah menjadi Toyota TS050. Toyota GR Supersport digunakan dalam perlumbaan World Endurance Championship (WEC). Harganya pula, melebih JPY 100 juta (RM3.72 juta).

Nissan GT-R 50 by Ital Design

kereta sport keluaran Jepun

Nissan pertama kali mencipta sedan 4 pintu dengan keupayaan perlumbaan pada tahun 1996. GT-R menjadi generasi ketiga model skyline. Nissan GT-R 50 by Ital Design pula dibuat dalam kuantiti yang sangat terhad, iaitu 50 unit. Ia dibina sempena memperingati ulang tahun ke-50 kelahiran GT-R.

Sementara itu, Nissan GT-R 50 by Ital Design diperkenalkan pada Goodwood Festival of Speed ​​di UK pada Julai 2018. Kereta itu akan diserahkan kepada pemiliknya pada akhir tahun 2020. Kereta sport edisi terhad ini berharga JPY 110,970 juta (RM4.1 juta) 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here