3 rekod Formula 1 Michael Schumacher bakal dipecahkan Lewis Hamilton

1817

Kenyataan bahawa Michael Schumacher adalah pemandu Formula 1 yang paling berjaya dalam dekad ini memang sukar untuk dipertikaikan.

Michael Schumacher

Keseluruhan dominasi dengan pasukan Mercedes sejak era Hybrid pada tahun 2014 sering dibandingkan dengan zaman kegemilangan Michael Schumacher dengan pasukan Ferrari.



Tetapi pada tahun 2020 ini, Lewis Hamilton berpeluang mengatasi legenda dari Jerman itu dalam buku rekod Formula 1 sebagai salah satu pelumba paling berjaya dalam acara ini.

Dicatatkan, terdapat sekurang-kurangnya tiga rekod kepunyaan Michael Schumacher, yang boleh dipecahkan oleh Lewis Hamilton.

Rekod kedudukan pole terbanyak dalam perlumbaan yang sama.

Kedua-dua Lewis Hamilton dan Michael Schumacher kini memegang rekod untuk 8 kedudukan pole berturut-turut dalam perlumbaan yang sama. Hamilton melakukannya di Formula 1 Australia dan Schumacher melakukannya di Formula 1 Jepun.

Sekiranya Hamilton dapat memperoleh kedudukan pole di Formula 1 Australia pada 14 Mac nanti, dia akan menjadi pemegang rekod tersebut.

Menamatkan perlumbaan di kedudukan podium terbanyak

Dengan sejumlah 155 podium yang dihasilkan bersama pasukan Benetton, Ferrari dan pasukan Mercedes, Michael Schumacher adalah pemegang rekod penghuni podium terbanyak dalam sejarah Formula 1.

Michael Schumacher

Lewis Hamilton, yang kini mempunyai 151 podium dengan pasukan McLaren dan Mercedes, hanya memerlukan sekurang-kurangnya lima podium untuk menghasilkan rekod baru.

Satu perkara yang tidak sukar bagi Hamilton. Ini kerena memandangkan tahun lepas, Hamilton 17 kali berdiri di podium, lebih-lebih lagi Hamilton bertekad untuk berlumba lebih konsisten pada Formula 1 pada tahun 2020.

Rekod jumlah kemenangan keseluruhan

Sepanjang 19 tahun berlumba di Formula 1, Michael Schumacher telah berjaya mengumpul 91 kemenangan.

Telah dianggap tidak dapat dipecahkan, Lewis Hamilton boleh menjadi pelumba yang memecahkan anggapan itu.

Dengan sejumlah 84 kemenangan, juara dunia sebanyak 6 kali itu hanya memerlukan 8 kemenangan pada musim 2020 untuk memenanginya.

Bolehkah Hamilton memenangi ketiga-tiga rekod sekali gus pada tahun ini?

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here