Pasukan polis Pasadena beli Ford Mustang dari hasil saman

4226

Pasukan polis dari Pasadena, California Amerika Syarikat baru sahaja menambah sebuah kereta sebagai koleksi kereta peronda. Mereka membeli sebuah Ford Mustang yang berprestasi tinggi.

mustang

Ford Mustang yang menjadi kenderaan peronda polis ini bukanlah Saleen Mustang Interceptor dengan kekuatan 730hp, tetapi merupakan sebuah Ford Mustang GT.



Jentera mewah ini dibeli dengan harga RM200,973 (di Amerika Syarikat). Sementara itu, menurut jabatan polis dari Pasadena, wang yang diperoleh untuk membeli jentera yang serba mewah ini diperoleh dari hasil surat saman yang dikeluarkan. 

mustang

“Wang yang digunakan untuk membeli jentera ini adalah hasil dari program keselamatan kanak-kanak, yang dikumpulkan melalui hasil surat saman dan seumpamanya,” menurut pihak dari majlis bandaraya, Phil Cayten.

Sementara itu, menurut Ketua Polis, Josh Bruegger, kereta itu kemudiannya akan digunakan sebagai kenderaan perkhidmatan. Ianya seperti mengunjungi sekolah, dan muncul di acara tertentu sahaja.

Sebelum digunakan, jentera ini akan diubah seperti kereta polis. Jentera ini akan ditampilkan dengan penampilan patriotik dengan bendera Amerika yang bewarna merah, putih, dan biru.

Untuk maklumat, Ford Mustang GT dilengkapi dengan enjin berkapasiti 5.0-liter yang mampu menghasilkan kuasa 444hp dan 529Nm tork. Kuasa disalurkan ke roda belakang dengan transmisi automatik 10-kelajuan.

Ford berkata, sportcar ini boleh memecut dari 0-100 km/j dalam masa 4.3 saat. Kelajuan jentera ini juga berupaya mencecah sehingga 249km/j.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here