Khairul Idham Pawi rindu penamat podium

1556

Kali terakhir Khairul Idham Pawi menaiki podium adalah pada tahun 2016 dan dengan peluang kembali beraksi dalam kelas Moto3, pelumba PETRONAS Sprinta Racing itu berharap dapat ‘mengunjungi’ kembali pentas itu musim ini. 

Idham Pawi podium

Selepas meraih kemenangan di Grand Prix (GP) Argentina dan Jerman empat tahun lalu, Khairul Idham beralih ke saingan pertengahan. Dia menyertai Moto2 untuk tiga musim sebelum tahun lalu dan mengalami kecederaan serius di jari kelingkingnya yang menyebabkan dirinya hanya menyertai tiga perlumbaan penuh daripada 19 pusingan.



Susulan itu, pasukan meletakkan strategi untuk kembali menyenaraikan Khairul Idham beraksi dalam kelas Moto3 bersama rakan sepasukan dari Scotland, John McPhee yang pada tahun lalu meraih satu kemenangan di GP Perancis sekali gus membentuk gandingan hebat bagi saingan musim ini. 

“Untuk musim ini, saya mempunyai sasaran untuk berada dalam kelompok lima terbaik dan sudah tentu saya mahu berada di pentas podium,” kata Khairul Idham atau dikenali SuperKIP itu. “Saya mahu meningkatkan perasaan saya ketika menunggang motosikal dan menunjukkan peningkatan dengan pantas”. 

Khairul Idham pawi berpeluang naik ke podium apabila dijadual menyertai dua ujian rasmi pra musim di Jerez pada 19 Februari ini dan di Qatar (28 Februari) sebelum pusingan pertama dalam kalendar musim 2020 membuka tirainya di Litar Losail, pada 8 Mac.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here