Kes doping: Pasukan Aprilia akan pecat Andrea Iannone

1801

Terlibat dalam kes doping dan jika terlalu lama dilarang oleh FIM untuk terlibat dalam MotoGP, pasukan Aprilia akan memecat pelumbanya, Andrea Iannone.

Andrea Iannone doping

Andrea Iannone, yang dinyatakan positif doping oleh FIM, dilarang menjalankan aktivitinya di MotoGP.



Setelah FIM mengadakan perbicaraan pada 4 Februari yang lalu, agensi perlumbaan motosikal antarabangsa itu masih belum membuat keputusan.

Akibatnya, penggantungan Andrea Iannone terus berlanjutan, jadi dia tidak boleh berlumba pada perlumbaan ujian pra-musim MotoGP 2020 pada 7-9 Febuari.

Jika pelumba itu terlalu lama dilarang melakukan aktiviti dalam MotoGP, Aprilia sudah mempunyai rancangan mereka.

Andrea Iannone doping

CEO Aprilia Racing, Massimo Rivola berkata, kemungkinan mereka akan mengakhiri hubungan dengan kata lain mengakhirkan kontrak mereka dengan Andrea Iannone.

“Saya akan terkejut jika dia tidak dihukum, kerana saya fikir persekutuan (FIM) mesti mematuhi Kod WADA (Agensi Anti-Doping Dunia),” kata Massimo Rivola kepada media Itali, Corriere della Sera.

“Sekiranya dia dilarang untuk berlumba selama satu atau dua tahun, sudah pasti hubungan antara dia dengan kami akan berakhir,” katanya.

CEO Aprilia Racing, Massimo Rivola

Jika Andrea Iannone tidak memperkuatkan pasukan Aprilia di MotoGP tahun ini, siapa yang akan menggantikan posisinya?

Pelumba ujian, Bradley Smith dan bekas pelumba World SBK, Lorenzo Savadori telah disediakan untuk membantu dalam pembangunan motosikal Aprilia, yaitu Aprilia RS-GP yang baru.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here