Bilik pameran Ducati PJ terbesar di Malaysia dibuka, kedua terbesar di Asia Tenggara

2476

Next Bike Sdn Bhd, pengedar rasmi Ducati di Malaysia telah membuka bilik pameran Ducati kedua terbesar di Asia Tenggara.

Dengan keluasan 16,339 kaki persegi, Ducati PJ ini mempunyai antara ruang servis terbesar Ducati di Asia. Ruang servisnya sahaja ialah 5,009 kaki persegi dan dilengkapi dengan 8 tempat servis dan mampu menyelenggara hingga 450 motosikal setiap bulan.



Bilik pameran yang menelan belanja RM1.5 juta ini menawarkan pengalaman servis premium untuk pelanggannya. Ia turut menempatkan seksyen khas seperti Ducati Apparel Tech, Ducati Accessories, dan Scrambler Camp.

Selain kemudahan dan kelengkapan terkini dan canggih, pelanggan juga boleh menikmati ruang menunggu selesa sambil menunggu jentera mereka diservis oleh juruteknik terlatih.

Sambil itu, pelanggan dan pelawat boleh mencuci mata dengan barisan jentera Ducati terkini yang dipamerkan. Ini termasuklah Ducati Panigale V4 S, 916 Anniversario, Monster 821, Hypermotard 950, Diavel 1260 S serta Scrambler Café Racer dan Icon.

Turut memeriahkan acara pelancaran adalah penunggang MotoGP Andrea Dovizioso dan Danilo Petrucci yang baru pulang dari sesi ujian MotoGP 2020. Mereka akan menyambung persediaan musim 2020 ini dengan ujian di Qatar pada 8 Mac ini.

Bilik pameran Ducati PJ ini terletak di Naza Automall, PJ yang boleh dilihat dari Lebuhraya Persekutuan. Ia dibuka dari jam 9pagi hingga 6petang untuk Isnin hingga Sabtu, dan 10pagi hingga 5petang pada Ahad.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here