Virus Corona: Volkswagen lanjutkan penutupan kilang hingga 17 Febuari

2192

Volkswagen (VW) menunda aktiviti pengeluaran kenderaan di kebanyakan kilangnya di China. Ini termasuk kerjasama mereka dengan SAIC Motor dan FAW Group di Tianjin sehingga 17 Februari. Langkah ini dilakukan kerana penyebaran virus Corona.

Dalam satu kenyataan, VW berkata, kerjasama Volkswagen dengan SAIC di Shanghai dan kebanyakan  kerjasama dengan FAW akan menyambung semula operasi seperti yang dirancang pada 10 Februari 2020.



Volkswagen berkata mereka menghadapi cabaran sumber bekalan kerana China kembali bekerja selepas cuti Tahun Baru Cina yang panjang, dan perjalanan yang terhad bagi pekerja adalah penghalang kepada industri automotif.

Sebelum virus Corona merebak, jualan kereta di China jatuh dua tahun berturut-turut memandangkan ekonomi yang perlahan dan insentif cukai dikeluarkan untuk kereta elektrik. Sekarang, dengan penyebaran virus yang mematikan, banyak pengeluar besar menutup kilang-kilang sehingga minggu depan ketika kerajaan China melawan penyakit ini.

virus Corona

Volkswagen mengoperasikan 24 buah kilang yang menghasilkan kereta atau alat ganti di China, yang menyumbang tidak kurang daripada 40 peratus pengeluaran global. Buat masa ini, penghantaran yang dirancang kepada pelanggan tidak berubah. Walau bagaimanapun, jika krisis ini berterusan, kemungkinan rantaian bekalan kereta global akan terjejas.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here