Michelin, syarikat tayar yang terkemuka di dunia melancarkan produk terbaru mereka iaitu Michelin X Multi Z 2. Pelancaran ini merupakan penambahan baharu dalam barisan produk terlaris Michelin di rantau Asia Timur dan Australia.
Dilengkapi dengan inovasi teknologi terbaharu, produk terbaru ini menawarkan jangka hayat yang terpanjang serta prestasi yang dinaik taraf.
Pengarah Komersial Antara Perniagaan yang mewakili Michelin Malaysia, En. Muhammad Arya Subrata berkata, “Dengan perungkaian tiga inovasi teknologi yang utama ini, Michelin X Multi Z 2 dapat membawakan kecemerlangan dalam aspek keselamatan yang tiada tandingannya, serta membantu para pelanggan kami memenuhi masa penghantaran dan keefisienan yang ingin dikecapi.”
Tiga inovasi teknologi yang diketengahkan menerusi produk terbaru ini ialah: “Regenion”, “Infinicoil” dan “HT Nylon”.
Regenion
Regenion ialah teknologi Michelin yang meliputi aluran tayar berlainan bentuk. Ia menjamin perubahan bentuk bunga tayar yang minimum, yang menyumbang kepada rintangan guling yang lebih rendah, serta menjimatkan penggunaan bahan api.
Berbekalkan teknik pencetakan logam 3D yang terbaharu, aluran longitud pada tayar tersebut mampu pulih semula sementara tayar tersebut melalui proses kehausan.
Ia dapat menawarkan tahap cengkaman yang tinggi sepanjang kitar hayatnya dalam apa jua cuaca, serta mengurangkan kadar kehausan.
Ini sekali gus menyumbang kepada jangka hayat yang lebih panjang, iaitu 20% lebih panjang berbanding produk terdahulu, Michelin X Multi Z.
Infinicoil
Infinicoil pula meningkatkan tahap keteguhan tayar berkenaan. Ia merupakan sebuah teknologi yang menampilkan lapisan bunga tayar yang diperkukuhkan dengan dawai keluli sepanjang 400 meter di dalam tayar, bergantung kepada saiznya.
Dawai keluli berkekuatan tinggi ini meningkatkan tahap keteguhan tayar, lantas mengoptimumkan permukaan tayar yang bersentuhan dengan lantai dan membekalkan jarak perbatuan yang lebih tinggi.
HT Nylon
HT Nylon pula meningkatkan ketahanan lekuk tayar yang bukan sahaja membantu mengurangkan kadar kerosakan tayar yang berhubung kait dengan penggunaan berjarak jauh/berkelajuan tinggi serta kitar penggunaan berterusan sebanyak 10%, malah meningkatkan tahap keupayaan untuk mencelup tayar berkenaan.
Di Malaysia, Micheline X Multi Z 2 terbaharu kini boleh didapati dalam dimensi 11R22.5 menerusi wakil pengedar tayar trak Michelin yang bertauliah di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.michelin.com.my.