Proton X70 2020 telahpun dilancarkan dan berbanding penawarannya sebagai unit CBU import sepenuhnya, ia kini merupakan model CKD, dipasang di kilang Proton di Tanjung Malim.
Ia juga telah menerima perubahan kepada spesifikasinya dan beberapa penambahan ciri premium. Antara yang utama ialah transmisi automatic DCT dwi-klac 7-kelajuan menggantikan automatic 6-kelajuan dan enjin yang kini lebih bertenaga.
Proton X70 CKD 2020 ditawarkan dengan harga dari RM94,800 untuk Standard 2WD hingga RM122,800 untuk Premium X 2WD.
Lihat senarai dengan lebih terperinci di sini.
Untuk artikel ini, kami akan jamu mata anda dengan galeri Proton X70 CKD ini untuk anda yang belum berkesempatan melihat sendiri di bilik pameran.