Honda Malaysia mengumumkan bahawa Accord 2020 serba baharu akan dilancarkan suku pertama tahun ini, dan tempahan untuknya ini telah dibuka.
Honda Accord 2020 yang juga generasi ke-10 sedan eksekutif jenama itu akan menampilkan penggayaan badan fastback, dengan rekaan luaran yang tajam.
Bumbungnya juga lebih rendah untuk penampilan lebih dinamik. Ciri lain adalah lampu depan dan belakang LED, ekzos berkembar krom dan rim aloi 18-inci.
Dari segi mekanikal, Honda Accord 2020 akan dikuasakan enjin turbo buat pertama kali, iaitu 1.5-liter VTEC Turbo (yang sama pada Civic). Enjin ini menjana 201hp dan 260Nm tork, iaitu lebih berkuasa dari 2.4-liter.
Untuk keselamatan pula, Honda menaiktaraf Accord ini dengan pakej penuh Honda Sensing. Ciri ini telah diperkenalkan pada Accord generasi sebelum ini semasa facelift pada 2017.
Honda Sensing ini mengandungi tiga elemen:
- Bantuan meluncur: Adaptive Cruise Control (ACC), Low Speed Follow (LSF), Auto High-Beam (AHB)
- Bantuan mencegah pelanggaran: Forward Collision Warning (FCW), Collision Mitigation Braking System (CMBS)
- Bantuan mencegah pelanggaran sisi: Lane Keep Assist System (LKAS), Road Departure Mitigation (RDM), Lane Departure Warning (LDW)
Ciri keselamatan lain termasuklah Smart Parking Assist System dengan Brake Assist, Multi View Camera Syste, dan Honda LaneWatch.
Sistem keselamatan standard adalah enam beg udara, VSA, ABS, EBD, ESS, Hill Start Assist dan pengesan undur belakang dengan kamera pelbagai sudut.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, hubungi 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.