Bekas pereka Opel, Erhard Schnell meninggal dunia

1414

Berita sedih melanda dunia automotif antarabangsa. Pereka kereta yang berasal dari Jerman, Erhard Schnell meninggal dunia pada hujung minggu lalu di Trebur, Hesse.

 Erhard Schnell

Schnell yang berusia 92 tahun meninggalkan warisannya di Opel sebagai orang yang bertanggungjawab untuk menghidupkan semula siri GT.



Erhard Schnell, dilahirkan di Frankfurt pada tahun 1927. Dia memulakan kerjayanya sebagai pereka Opel selepas mempelajari grafik komersial di Offenbach dan menyempurnakan kepakarannya di GM Tech Center di Detroit.

 Erhard Schnell

Sebagai seorang pereka dalam bidang grafik, Schnell mereka huruf melengkung dari Kapiran dan Rekord.

Tidak lama selepas itu, pada tahun 1962, dia mula merekabentuk kereta konsep pertama dari sebuah kilang di Eropah.

Opel / Vauxhall Calibra dibina dari tahun 1989 hingga 1997

Pada tahun 1964, beliau menyempurnakan ideanya di Opel Styling Studio di Russelsheim dan Experimental GT yang dipamerkan di Frankfurt Motor Show pada tahun yang sama, memperlihatkan Opel GT yang kemudiannya dihasilkan pada tahun 1968.

Di samping itu, Schnell juga dianggap sebagai bapa kepada siri Corsa kerana dia merancang generasi pertamanya yang dihasilkan pada tahun 1982.

Bukan itu sahaja, dia juga orang yang bertanggungjawab untuk membangun Calibra yang dikatakan adalah bahasa reka bentuk baru dan moden di mana ia mempunyai kebebasan penuh dengan gayanya.

Schnell bersara di dunia reka bentuk pada tahun 1992, tetapi dia tidak dapat berpisah jauh dari dunia reka bentuknya.

Enam tahun yang lalu dia ditanya sama ada dia bersedia untuk tidak langsung melibatkan diri dalam dunia reka bentuk dan dia berkata tidak sama sekali.

“Saya hanya memindahkan kerja ke rumah dengan merekabentuk taman rumah saya. Selain itu saya juga sering melukis menggunakan cat air dan saya tidak akan dapat menjauhkannya diri sepenuhnya dari kerja ini,” kata Schnell.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here