Pagani belum berhenti mencipta varian supercar yang dibuatnya, termasuk unit yang akan diperkenalkan di Geneva Motor Show 2020 nanti.
Syarikat pengeluar kereta dari Itali itu secara rasmi mendedahkan spesifikasi hypercar Pagani Imola yang telah sedia untuk dibawa ke pameran itu.
Varian ini merupakan peningkatan dalam prestasi dari model Pagani Huayra, dengan memasang semula enjin yang dibuat oleh Mercedes Benz yaitu enjin V12 twinturbo berkapasiti 6000cc.
Hasilnya, jentera ini mampu menghasilkan 827hp dan 1,100Nm tork yang disalurkan melalui transmisi semi-automatik tujuh kelajuan.
Menurut info lain, jentera ini akan meningkatkan pecutan terutamanya dalam penggantian transmisi dengan penambahan sistem baru yang dikenali sebagai Smart Gas.
Maklumat yang lebih terperinci tentang sistem baru ini hanya akan didedahkan oleh pihak Pagani pada pameran yang akan berlangsung pada bulan Mac itu nanti.
Malah unit-unit terhad Pagani Imola, yang hanya dipasang dalam lima unit, telah dijual kepada beberapa orang peminatnya.
Pagani menjual kereta ini dalam lingkungan 5 juta Euro atau bersamaan dengan RM22.5j. Belum diketahui sama ada unit yang dipamerkan adalah salah satu model yang akan dijual.
Nama Pagani Imola diilhamkan dari litar perlumbaan Imola yang terletak di Itali. Litar ini merupakan tempat ujian untuk pembangunan varian supercar terbaru Pagani itu.