WSBK – Jadual perlumbaan 2019 diubah

1616

Penambahan perlumbaan pecut akan bererti jadual perlumbaan yang dikemaskini untuk setiap hujung minggu WorldSBK (WSBK) dengan perlumbaan bergerak ke slot masa yang berbeza memberi ruang kepada pelumba.

Perlumbaan 1 akan diadakan pada hari Sabtu, di mana jadual permulaan telah diubah kepada pukul 2 petang waktu Eropah.



Ianya dianggap masa yang lebih sesuai untuk perlumbaan serta mengikut waktu seperti perlumbaan MotoGP. Pada hari Ahad, perlumbaan 2 akan menjadi perlumbaan pecut, bermula pada pukul 11 pagi, diikuti oleh perlumbaan 3, perlumbaan biasa pada pukul 2 petang.

Penyusunan semula masa permulaan perlumbaan akan membantu penganjur perlumbaan, merasakan bahawa hari perlumbaan terlalu pendek. Banyak peminat meninggalkan sejurus selepas kelas WorldSBK selesai.

Jadual perlumbaan yang lebih panjang bertujuan memberikan kepuasan kepada peminat, berbaloi  dengan wang yang di belanjakan untuk tiket. 

Akrapovic on Yamaha, Thai WSBK 2017
Akrapovic on Yamaha, Thai WSBK 2017

Organisasi Dorna WSBK dan FIM bekerjasama dengan para pelumba, pasukan, pengeluar, litar, penyiar dan penaja untuk memastikan format terbaik diputuskan sepanjang musim 2019.

Perlumbaan WorldSBK ke era baru dengan pengalaman baru untuk peminat dan penonton di seluruh dunia.

Rea leads, race1, Thai WSBK 2016
Rea leads, race1, Thai WSBK 2016

Daniel Carrera, Pengarah Eksekutif WorldSBK menerangkan:

“Untuk membawa ‘perlumbaan pecut’ ketiga ke dalam format WorldSBK bagi tahun 2019 adalah sesuatu yang telah lama kami rancangkan. Jadi kami gembira melihat rancangan di realisasikan. Kami komited untuk membawa perlumbaan yang menarik kepada peminat, kami fikir penambahan perlumbaan pecut akan menambah pengalaman WorldSBK. Kami terus berusaha melakukan penyesuaian akhir dan berharap dapat membawa lebih banyak maklumat dalam masa terdekat. “

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here