Honda Jazz, City, dan CR-V terima penarafan kualiti tertinggi di Malaysia

1626

Honda Malaysia mengumumkan bahawa tiga model mereka iaitu Jazz, City dan CR-V mendapat pemarkahan tertinggi untuk kualiti dalam segmen masing-masing. Model trio itu menerima penarafan dari JD Power 2019 Malaysia Intial Quality StudySM (IQS) untuk kualiti kenderaan baharu.

Jazz dan City cemerlang dalam segmen kompak dan entry midsize dengan skor masing-masing 68/100 dan 55/100. CR-V pula menunjukkan prestasi baik dalam segmen SUV bukan nasional dengan markah 64/100.



Keputusan ini berdasarkan kajian di aspek luaran kenderaan, enjin dan transmisi, sambungan audio dan lain-lain. Skor lebih tinggi bermakna kualiti lebih baik untuk setiap 100 unit kenderaan.

Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata: “Kami amat berbesar hati dengan model-model Honda yang mendapat tempat di hati pelanggan masing-masing dengan tahap kualiti diterima.

“Kami terus-menerus memperkenalkan Next Generation Advanced Technology sebagai sebahagian dari komitmen kami untuk memberikan produk dengan kualiti terbaik.”

Tambahnya, “Kami ingin menyampaikan penghargaan kepada semua rakyat Malaysia atas sokongan dan kepercayaan yang mereka berikan kepada jenama Honda.”

Ishiyama juga berkata bahawa kilang pengeluaran Honda di Pegoh, Melaka akan terus memfokus untuk menghasilkan kenderaan dengan kualiti, keselamatan dan mesra alam di tahap terbaik, menggunakan teknologi pengeluaran terkini dan termaju.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here