Ford GT John Cena dijual buat kali kelima!

1541

Ford GT tahun 2017 itu telah dilelong sebanyak lima kali dalam masa setahun. Ford GT itu dibeli dengan harga AS$466,376 (RM1.92 juta). John Cena merupakan antara 500 orang yang bertuah mendapatkan kereta itu daripada 7000 orang pendaftar yang berminat untuk membeli kereta itu.

Ford GT milik Cena itu memliki nombor siri 77, mencatatkan perbatuan yang rendah iaitu 1,024 km serta jentera itu masih dalam keadaan baik. Mana tidaknya, jentera itu dijual selepas sebulan Cena menerimanya.

Ford GT
Ford GT

Sejarahnya bermula apabila John Cena menjual kenderaan itu lebih awal daripada kontrak yang ditandatanganinya dengan Ford.



Cena telah menjualnya kepada seorang pembeli untuk mendapatkan keuntungan yang lebih besar. Disebabkan hal itu, Ford telah memfailkan saman kepada John Cena.

John Cena sepatutnya mengekalkan pemilikan kenderaan itu selama dua tahun sebelum boleh menjualnya. Namun begitu, Cena dan Ford dikatakan sudah pun menyelesaikan hal ini diluar mahkamah.

Ford GT milik John Cena
Ford GT milik John Cena

Menurut sebuah laporan, Ford meminta bayaran hasil keuntungan jualan tersebut diserahkan kepada badan kebajikan.

Setelah itu Ford GT ini dijual lagi kepada New Autos Inc. dengan rekod perbatuan yang rendah.

Pembidaan yang terbaru dan merupakan penjualan kali kelima jentera itu adalah diacara lelongan Mecum Dallas. Seorang pembeli berjaya membidanya dengan harga ₤1juta (RM5,464,829.30).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here