Lelaki berusia 100 tahun masih boleh menunggang motosikal jarak jauh, apa rahsianya?

2727

Siapa sangka, sudah berusia 100 tahun tetapi masih berupaya menunggang motosikal dan boleh menunggang dalam jarak yang jauh menggunakan motosikal bersaiz besar? 

berusia 100 tahun menunggang motosikal

Jangankan satu abad atau bersamaan dengan 100 tahun, masyarakat sekarang pada usia 60 tahun ke atas sahaja sudah mulai takut dan tidak bermaya untuk menunggang motosikal dalam jarak yang jauh.



Kebanyakan orang yang telah berumur lebih suka berehat dan tidak boleh menunggang motosikal.

Tetapi, tidak semua orang kehilangan semangat menunggang motosikal sambil ride dalam jarak yang jauh.

berusia 100 tahun menunggang motosikal

Seperti Wymann Betts, seorang lelaki yang berusia 100 tahun masih berupaya menunggang motosikal besar dalam jarak yang jauh. 

Bersama dengan Honda Gold Wing 2003, Wymann Betts mengakui dia mempunyai hobi menunggang motosikal selama lebih dari 50 tahun.

Bukan sahaja motosikal yang besar, Wymann Betts juga suka menunggang motosikal automatik untuk pergi ke tempat kerja.

Kemudian, apa rahsia lelaki yang berusia 100 tahun ini masih aktif menunggang motosikal walaupun dalam jarak yang jauh?

Dipetik dari Rideapart.com, Wymann Betts tidak memerlukan perkara yang rumit untuk tetap kuat menunggang motosikal.

“Tidak berpikir terlalu jauh ke depan,” katanya.

Wymann Betts merasa hairan walaupun usianya yang sudah lanjut, dia tetap berupaya menunggang motosikal besar yang berwarna hitam itu. 

Malah, berat Honda Gold Wing 2003 adalah sekitar 800 pound atau bersamaan dengan 362.87kg.

Rupa-rupanya, Wymann Betts selalu menjalankan gaya hidup sihat. Selain itu, dia tidak pernah meminum minuman beralkohol atau minuman keras dan juga tidak pernah merokok.

Dia yang biasa dipanggil Betts merancang untuk memimpin perarakan motosikal Biker Bash Bordertown pada bulan Julai 2020 di Amherst Nova Scotia, Kanada.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here