Kereta sport rare Toyota 2000GT 1967 sedia untuk dilelong

2171

Toyota 2000GT bukan sekadar model paling ikonik pernah dibina oleh gergasi automotif Jepun, ia juga merupakan kereta paling jarang yang pernah keluar dari negara matahari terbit itu.

Toyota 2000GT

Dipetik dari Carscoops.com, Toyota hanya menghasilkan kereta ini sebanyak 351 unit pada tahun 1967 hingga tahun 1970. Satu unit daripada 62 kereta kini berada di Amerika Syarikat dan akan dilelong. 



Toyota 2000GT

Pada mulanya, kereta sport yang dibuat pada tahun 1967 ini dimiliki oleh pelumba dan pengumpul kereta yang terkenal iaitu Otto Linton selama lebih tiga dekad.

Toyota 2000GT telah dipulihkan oleh Exotics Line Maine di Solar Red asalnya pada tahun 2006 dan sedia untuk dilelong di RM Sotheby’s Elkhart Collection pada 1 Mei akan datang.

Toyota 2000GT

Jentera ini dikuasakan oleh enjin 2.0-liter 6-silinder sebaris dengan kepala silinder twin-cam Yamaha. Enjin ini mampu menghasilkan 150hp yang dipasangkan melalui transmisi manual 5-kelajuan.

Toyota 2000GT adalah kereta Jepun pertama yang disertakan dengan empat brek cakera (disc brake) dan menyediakan sistem penggantungan coilover pertama Toyota.

Ruangan dalamnya disertakan dengan papan pemuka rosewood-veneer yang dibuat oleh bahagian pembuatan piano Yamaha. Jentera ini juga disertakan dengan stereng mahogany dan tombol gear serta kerusi pemandu yang dibalut dengan kulit bewarna hitam.

Toyota 2000GT dikritik pada masa itu kerana harganya terlalu mahal. Kereta itu lebih mahal daripada kereta sport lain pada zamannya, termasuk Porsche 911 dan Jaguar E-Type, yang memainkan peranan penting semasa inspirasi proses reka bentuk 2000GT.

Berapakah jumlah bidaan kereta ini akan dibuka? Institusi lelongan itu tidak memaklumkan tentang harganya. Apa yang pasti, jentera ini tentunya tidak murah.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here