Maserati bakal lancar supercar elektrik pada Mei ini

1262

Pengeluar kereta mewah dari Itali, Maserati, merancang untuk melancarkan supercar berkuasa elektrik yang terkini pada bulan Mei 2020 di Modena. Maserati berkata bahawa supercar ini dilengkapi dengan pelbagai teknologi baru.

Supercar elektrik Maserati

Dilaporkan dari Robb Report, sebelum dilancarkan secara rasmi, Maserati terlebih dahulu mengumumkan nama supercar tersebut, iaitu MC20. MC adalah singkatan dari Maserati Corse, dan angka 20 melambangkan kod penghasilannya pada tahun 2020.



Seperti yang diketahui, supercar elektrik Maserati yang terbaru ini adalah pengembangan dari jentera Maserati MC12 sekaligus menandakan kehadiran kembali Maserati ke dunia kereta perlumbaan sejak tahun 2004. Dengan kata lain, MC20 akan memberi fokus kepada aspek kelajuan.

Supercar elektrik Maserati

Maserati menganggap kehadiran MC20 adalah peralihan kepada era Maserati yang baru. Walau bagaimanapun, mereka tidak menyatakan arah perubahan itu sama ada menuju ke era kereta sport elektrik atau tidak. Mereka juga tidak mendedahkan dengan lebih lanjut rupa MC20.

Di samping visualisasi, belum ada maklumat daripada Maserati berkaitan dengan enjin/janaan kuasa MC20. Nampaknya, Masertai mahu merahsiakan spesifikasi jentera ini sehingga tarikh pelancarannya.

Walaupun demikian, Maserati memberikan sedikit maklumat mengenai barisan pengeluaran utama MC20 yang diadakan di Loji Modena, Itali, di mana kilang tersebut mengatakan jentera ini akan menggunakan powertrain elektrik.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here