KERAS, PADU, YAHUDI, MANDI, begitulah gambaran sesetengah netizen tentang harga Yamaha RXZ sekarang. Bagi peminat motosikal ini mereka dah sedia maklum tentang bertapa ‘kerasnya’ harga RXZ ni di pasaran sekarang.
Faktor yang menyebabkan peningkatan harga adalah tak lain tak bukan kerana motosikal jenis ini sudah dihentikan pembuatan dan pengeluarannya.
Dunia pemotoran hari ini dikejutkan lagi dengan perkhabaran sebuah RXZ yang di tukar (swap) suka sama suka dengan sebuah kereta Volkswagen Sicrocco!
Untuk kepastian, kami menghubungi sendiri pemilik asal motorsikal RXZ yang dikatakan berharga RM45,000 ini. Dia seorang yang tak asing lagi dalam mengumpul koleksi motosikal NOS (New Old Stock) iaitu saudara Cip Boleng Nasyulan.
Motosikal RXZ yang diperkatakan ini telah di beli beliau hanya RM7,504 sahaja dimana ketika tahun tersebut, harganya belum lagi melonjak seperti sekarang.
Motosikal ini disimpan oleh beliau selama beberapa tahun dan ketika tibanya pada tahun ini, harga RXZ ini telah melonjak naik sehingga mencecah puluhan ribu ringgit!
Jualannya bertujuan untuk membeli sebuah kereta Volkswagen Scirocco secondhand, dan seorang pembeli yang dirahsiakan identitinya sanggup membayar volkswagen tersebut pada harga RM45,000!
Begitulah, ramai yang mengecam tentang harga yang terlampau mahal, tapi sebenarnya inilah yang dipersetujui sendiri oleh pembeli.
Kalau kita mahu dengan harga yang murah, jom kita support penjual yang jual dengan harga yang murah. Yang jual mahal? Biarkan mereka dan kaum mereka.