Maria Sharapova ucap selamat tinggal kepada sukan tenis, jom tengok koleksi Porsche miliknya

1620

Populariti Maria Sharapova tidak hanya diperoleh dari kemahirannya dalam sukan tenis, tetapi juga wajahnya yang menawan. Baru-baru ini, bekas pemain nombor 1 dunia itu telah memutuskan untuk bersara dari dunia tenis.

Ini disampaikan melalui akaun Instagram peribadinya @mariasharapova, dimana pemain kelahiran Russia itu mengatakan “Tennis—I’m saying goodbye“. 



Rupa-rupanya, pemain tenis berusia 32 tahun bukan sahaja sibuk menjadi saingan untuk Serena Williams, tetapi juga seorang yang minat terhadap kereta. Dia juga pernah menjadi duta untuk jenama pengeluar kereta dari Jerman iaitu Porsche.

Dipetik dari pelbagai sumber, berikut adalah koleksi kereta mewah Maria Sharapova:

1. Porsche 911 Carrera S Cabriolet

maria sharapova

Sebagai peminat jentera Porsche, Maria Sharapova memiliki model ikonik dari pengeluar yang berpangkalan di Stuttgart itu iaitu Porsche 911 Carrera S Cabriolet. Jentera ini adalah Porsche pertamanya selepas memenangi Grand Prix Tennis Porsche 2012.

Dari segi prestasi, sememangnya enjin 3,800cc Porsche 911 Carrera S Cabriolet tidak sepantas model Panamera GTS. Ianya mampu menghasilkan hanya 345hp dan 440Nm tork. Tetapi, reka bentuknya yang tersendiri membuatkan kereta ini mempunyai daya tarikan yang sukar untuk ditolak.

2. Porsche Panamera GTS

Maria Sharapova sangat menyukai Porsche. Oleh itu, beliau tidak mensia-siakan peluang untuk memiliki 1 unit Porsche Panamera GTS pada tahun 2014 dan menjadi pengguna pertama yang merasakan prestasi jentera tersebut.

Jentera ini yang juga merupakan antara desan 4-pintu pertama Porsche dikuasakan oleh enjin V8 4,800cc NA (naturally-aspirated) yang mampu menghasilkan 424hp dan 471Nm tork dengan kelajuan maksimum 288km/jam.

3. Porsche Boxster Spyder

maria sharapova

Maria Sharapova juga tertarik untuk memiliki Porsche Boxster Spyder. Dia membelinya pada tahun 2015 yang lalu dan sekali lagi, menjadi pengguna pertama di dunia untuk merasakan prestasi jentera itu.

Porsche Boxster Spyder dikuasakan oleh enjin flat-six 3,800cc rear-wheel drive (RWD). Enjin ini mampu menghasilkan 370Hp dan 420Nm tork dan dapat mencapai kelajuan maksimum pada 290km/jam.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here