Virus Corona atau covid-19 perlahan-lahan mula merebak keluar dari China. Beberapa rakyat di negara lain mula dijangkiti virus ini, salah satunya ialah Itali.
Kerana tersebar luasnya virus ini, Ferrari menutup buat sementara waktu dua muzium mereka di Maranello dan Modena. Hal ini dilakukan selepas diminta oleh kerajaan tempatan.
Keputusan untuk menutup muzium ini jelas dilakukan untuk mencegah penyebaran virus Corona di ibu pejabat Ferrari, Maranello. Ini kerana sudah terdapat 220 kes covid-19 di Itali.
Ferrari menyatakan bahawa mereka bersedia untuk mengambil langkah-langkah baru jika diperlukan. Disebabkan virus Corona, saham mereka juga telah jatuh 5% bermula dari minggu lepas (24/2).
Puluhan bandar di wilayah Lombardy di Itali, termasuk Milan dan Maranello juga menutup pintu masuk bagi pelancong asing. Sekolah, pusat perniagaan dan restoran juga ditutup, dan seluruh acara atau aktiviti yang melibatkan tempat awam dibatalkan.
Sebelum ini, beberapa acara automotif terpaksa dibatalkan kerana ancaman virus Corona, seperti MotoGP Qatar 2020 yang perlu diadakan mulai 5 Mac dan Geneva Motor Show 2020.