Mazda2 2020 kenderaan kompak premium terbaharu, harga didedah, dari RM104k

1994

Bermaz Motor telah mengemaskini barisan model mereka untuk tahun 2020 sempena sambutan ulangtahun ke-100 jenama Jepun itu.

Kemaskini tersebut melibatkan model CX-9, MX-5 RF dan Mazda2. Ketiga-tiga model ini telah ditambahbaik dari aspek kelengkapan.



Ya, anda tak silap baca, Mazda2 dikira telah didedahkan harganya. Mungkin dilancarkan tak lama lagi? Apa pun, kesemua model di atas telah boleh mula ditempah hari ini.

Mazda2 2020

Mazda2 terbaharu akan menampilkan gaya terkini dan kini dilengkapi dengan dinamik pemanduan lebih baik. Ciri kemudahan dan keselesaan juga telah ditambahbaik.

Dari segi luaran, Mazda2 mendapat gril dan lampu lebih tirus yang memberikan muka lebih garang dan dramatik, sama seperti Mazda3 dan Mazda CX-30.

Ciri lain termasuklah lampu LED, rim aloi 16-inci dengan tekstur baharu dan cat lebih menyerlah, serta lencana Mazda terkini di depan dan belakang.

Ruang kabin Mazda2 membawakan warna kelabu biru yang dikatakan direka untuk memberi rasa kualiti. Teknologi dan infotainmen pula adalah sistem Mazda Connect dengan Apple CarPlay dan Android Auto, dan turut menyokong Waze, Google Maps, Spotify dan banyak lagi.

Mazda2 akan dipacu oleh enjin 1.5-liter SkyActiv-G yang menjana 114hp dan 149Nm tork, dan dipadankan dengan transmisi automatik SkyActiv-Drive 6-kelajuan.

Sebagai sebuah Mazda yang biasanya sedap dipandu, Mazda2 ini disokong oleh ciri G-Vectoring Plus (GVC Plus) terbaharu yang mengawal pelbagai parameter kenderaan untuk memberikan pemanduan nyaman dan lancar.

Mazda2 2020 akan tiba sebagai unit CBU import sepenuhnya dari Thailand, dan ditawarkan dengan harga RM103,670 untuk Sedan dan RM104,170 untuk Hatchback.

Selain itu, Mazda CX-9 dan MX-5 RF terkini ditawarkan pada harga berikut:

Mazda CX-9 2WD: RM319,610.40
Mazda CX-9 4WD: RM336,610.40
Mazda MX-5 RF Auto: RM268,154
Mazda MX-5 RF Manual: RM266,154  

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here