Seperti menjumpai harta karun. Sebuah kereta klasik yang rare ditemui di bawah timbunan sampah. Kereta itu adalah Chevrolet Corvette Fuelie 1965 yang ditemui di sebuah garaj di Ohio, Amerika Syarikat.
Gambar jentera ini dimuatnaik dari posting Facebook sebuah syarikat towing tempatan. Menurut mereka, generasi kedua Corvette ‘C2’ ini diparkir dalam garaj tersebut sejak akhir tahun 1960-an.
Apabila garaj tersebut dibersihkan pada bulan Febuari lalu, Corvette yang masih berada dalam keadaan baik ini ditemui. Sudah tentu ini adalah penemuan yang menakjubkan.
Pada fender jentera klasik ini tertera perkataan “Fuel Injection” yang menandakan ia menggunakan enjin 5.4-liter V8 L84 Rochester suntikan bahan api. Akan tetapi, enjin V8 L84 dikatakan sebagai produk yang gagal.
Ini kerana kekuatannya tidak terlalu besar tetapi harganya lebih mahal daripada enjin V8 lain yang diperkenalkan pada tahun yang sama. Chevrolet dikatakan hanya menjual 771 unit Corvette fuel-injection pada tahun 1965.
Enjin fuel-injection tidak lagi digunakan untuk Corvette sehingga tahun 1982 dan untuk tahun terakhir versi C3. Enjin yang tidak menarik mungkin membuatkan kereta rare syarikat pengeluar kereta dari Amerika Syarikat ini semakin dilupakan.
Menurut syarikat towing tersebut, keadaan kereta masih dapat digunakan terus kerana keadaan brek dan bearing rim yang masih baik. Tetapi jentera ini masih perlu dipulihkan dan tentunya mengakibatkan kos yang banyak.
An incredible garage find with my friend Jr Stalling, a 65 number matching fuel injection 4 speed Corvette, parked in…
Posted by Speedy's Towing& Recovery on Thursday, February 27, 2020
Chevrolet Corvette Fuelie 1965 ini kemudiannya akan dijual di Phil Stalling Classic Cars, Utica, Ohio. Untuk terus membeli jentera ini tanpa melalui bidaan di eBay, ianya berharga USD50,000 (RM209,175).