Peugeot 208 dinobat Car of the Year 2020, kalahkan Porsche dan Tesla

2054

Peugeot 208 telah dinobatkan sebagai pemenang anugerah Car of the Year 2020 (COTY 2020), sebuah anugerah berprestij yang diadili oleh 60 wartawan Eropah.

Panel-panel juri itu berpendapat rangkaian enjinnya yang menawaran elektrik, petrol atau diesel itu sebagai memberi pilihan yang baik kepada pelanggan.



Panel juri juga menyukai reka bentuk dan teknologi mantap pada Peugeot 208 baharu ini. Sudahpun laris di Eropah, model ini menjadi model “Siri 2” pertama dari Peugeot yang memenangi anugerah terulung ini.

Selain memberikan pelbagai pilihan janaan kuasa kepada pembelinya dengan pilihan elektrik atau enjin pembakaran dalaman, Peugeot 208 juga menampilkan rekaan lampu depan LED dengan imej 3-cakar, bentuk gerbang roda unik, dan Peugeot i-Cockpit yang futuristik.

Peugeot 208 memperoleh 281 mata, iaitu 39 mata lebih dari calon tempat kedua, Tesla Model 3 dengan 242 mata.

Finalis lain adalah Porsche Taycan (222 mata), Renault Clio (211 mata), Ford Puma (209 mata), Toyota Corolla (152 mata) dan BMW 1-Series (133 mata).

Kemenangan 208 ini merupakan kali keenam jenama Perancis itu merangkul anugerah COTY, kali terakhir pada 2017 dengan 3008 SUV.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here