Pasukan lumba kereta Estrada by Pulzar Malaysia melancarkan pasukan mereka yang akan bersaing dalam perlumbaan Malaysia Speed Festival (MSF) and Malaysia Championship Series (MCS) 2020.
Pelancaran itu dibuat di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC), Seri Kembangan semasa acara The Showcase.
Pasukan ini terbentuk hasil gabungan Estrada Motorsport yang biasa terlibat dalam sukan permotoran bersama dengan Pulzar Malaysia, syarikat minyak pelincir enjin di Malaysia.
Bagi tahun ini, mereka akan berlumba 3 kategori berbeza untuk MSF; Super Production (Honda Jazz GK), Street Tuned (Toyota Starlet), Saga Cup Intermediate (Proton Saga) and S- Production 2 (Honda Jazz) untuk MCS.
Tarikan utama ketika pelancaran pasukan ini adalah pengenalan kereta baru mereka dan penglibatan mereka dalam Malaysia Championship Series dengan pelumba wanita mereka, Sharina Ramlle.
Pasukan ini akan berlumba sebanyak 5 pusingan dalam MSF Series 2020 dan perlumbaan pertama akan berlangsung pada 15 Mac 2020 dan sebanyak 5 pusingan dalam MCS 2020 yang akan bermula pada 27 Mac 2020.
“Tahun ini merupakan tahun ketiga kami bersama dengan Estrada Motorsport bersaing dalam perlumbaan tempatan. Kami telah mengharungi setiap cabaran bersama baik ketika waktu sukar mahupun ketika beroleh kejayaan. Keputusan tahun lepas amatlah memberangsangkan dan kami berharap akan memperoleh lebih banyak kejayaan tahun ini”, kata KC Lim, Pengurus Pemasaran Pulza Malaysia.
Azwan Zulkifle, Prinsipal Pasukan Estrada Motorsport pula berkata: “Sesuatu yang istimewa dan saya berasa sangat gembira untuk memperkenalkan kereta lumba, tema baru dan juga barisan pemandu kami.
“Sukar untuk percaya bahawa pasukan ini berkembang ke tahap ini pada hari ini. Tahun 2020 akan bakal memberi cabaran baru bagi kami kerana kami akan bersaing dalam MCS.
“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua penaja dan rakan kongsi kami yang telah bersama kami membangunkan pasukan ini. Terima kasih kepada Pulzar Malaysia, Bandi Sprayworks, Fawster, Wuerth Malaysia, Tie Jie Garage & EZ Group.”
Aliff Azreel, Pengurus Pasukan Estrada Motorsport menambah, “Kami mendapat sokongan yang kuat dari rakan teknikal kami yang kami percaya akan membantu kami bukan sahaja untuk menambaik kereta-kereta kami tetapi juga meningkatkan keupayaan pemandu kami.”
Gambar dan info oleh: Raziman SiPico