BMW perkenalkan logo terbarunya pada BMW i4

2092

BMW tidak hanya akan memperkenalkan produk terbaharu mereka iaitu BMW i4 pada Geneva Motor Show 2020 yang telah dibatalkan, tetapi juga logo baharu untuk syarikat itu.

logo BMW

Logo baharu ini yang diperkenalkan pada BMW i4 menyertakan reka bentuk dua dimensi dan lutsinar. Ketika pengenalan pada BMW i4, logo ini membolehkan warna frozen light dapat dilihat melalui logo yang disertakan dengan lingkaran bulatan perak, perkataan BMW, dan bulatan yang bewarna putih dan biru.



Jenama pengeluar kereta dari Jerman ini telah menggunakan konsep bulatan pada logo mereka sejak tahun 1997. Kita akan dapat melihat logo baru ini pada BMW i4 versi produksi yang akan diperkenalkan tahun depan.

“BMW akan menjadi jenama yang berhubungan. Lingkaran bulatan hitam pada logo lama telah diganti dengan logo baru yang akan memancarkan lebih keterbukaan dan kejelasan.

“Kami ingin menggunakan versi lutsinar baru ini untuk menarik minat para pelanggan kami, lebih daripada biasa, untuk menjadikan mereka sebahagian daripada dunia BMW,” kata Naib Presiden Kanan Pelanggan dan Jenama di BMW, Jens Thiemer.

logo BMW

“Di samping itu, reka bentuk jenama kami yang baru menggambarkan cabaran dan peluang kepada jenama digital. Logo baru dan reka bentuk jenama melambangkan kepentingan jenama dan relevan untuk mobiliti dan keseronokan memandu di masa depan.”

Jenama pengeluar kereta dari Jerman ini bukan satu-satunya pengeluar kereta yang memperkenalkan rekabentuk logo terbarunya. Pada tahun lepas, Volkswagen memperkenalkan logo baharu pada ID3 dan kemudian tahun ini, Kia akan mula melancarkan logo terbaru mereka.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here