Tempahan SUV X70 serba baharu PROTON kini lebih mudah dengan pelancaran platform tempahan dalam talian.
Diakses melalui laman web korporat PROTON, platform baharu ini boleh digunakan bermula jam 10 pagi pada 17 Oktober untuk membolehkan pelanggan menempah Proton X70.
Selepas sesi pratonton bagi ciri-ciri sambungan dan teknologinya kepada media pada 11 Oktober, Proton X70 menetapkan satu lagi penanda aras dengan menjadi model Proton pertama yang boleh ditempah secara dalam talian.
Dengan penggunaan kad eSIM, sambungan Wi-Fi, aplikasi-aplikasi yang menawarkan perkhidmatan seperti radio dan muzik dalam talian.
Lengkap perisian pengecaman suara
Ia juga dilengkapi navigasi dan ramalan cuaca serta perisian pengecaman suara, perkhidmatan yang dilancarkan bersesuaian dengan SUV pertama Proton ini.
Pelanggan yang mahu menempah SUV perlu untuk memberikan butiran peribadi mereka, model dan warna pilihan serta bandar dan negeri di mana mereka ingin mengambil kereta mereka.
Selepas bayaran tempahan dilakukan, juga secara dalam talian, resit yang dihasilkan oleh sistem akan dihantar kepada e-mel pelanggan.
PROTON kemudian akan melantik penasihat jualan untuk menguruskan pesanan dengan menghubungi pelanggan dalam tempoh tujuh hari bagi memproses tempahan.
Bagi tempahan yang dibuat di mana-mana cawangan PROTON, bayaran penuh akan dikembalikan sekiranya pelanggan mengubah fikiran mereka.
Sempena pelancaran portal tempahan dalam talian ini, maklumat lengkap mengenai Proton X70 di laman sesawangnya termasuklah spesifikasi untuk setiap varian model.
Maklumat ini akan membantu pelanggan membuat keputusan, terutamanya berkaitan pilihan variasi dan warna.
Tempahan Proton X70 sebanyak RM99
Memandangkan ini adalah kemudahan jualan baharu. PROTON akan mengadakan jualan kilat atau flash sale dari 17-19 Oktober untuk mempromosikan penggunaan platform baharunya.
Dalam tempoh promosi selama tiga hari tersebut, pelanggan yang menempah Proton X70 melalui dalam talian hanya perlu membayar yuran RM99.
Laman tempahan atas talian Proton X70 : www.proton.com/protonx70
Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar, Abdul Rashid Musa berkata, selepas mengkaji pilihan pengguna dan trend pasaran, PROTON percaya bahawa inilah masa yang tepat untuk menawarkan kemudahan tempahan dalam talian kepada pelanggan.
“Platform ini membolehkan tempahan dibuat dari mana-mana sahaja mereka berada sekiranya terdapat sambungan Internet.
“Syarikat juga akan memberi ganjaran kepada mereka yang membuat tempahan sebelum pelancaran Proton X70.
Menurutnya, ganjaran itu berupa hadiah istimewa untuk semua pelanggan awal. Tidak kira sama ada mereka menempah melalui dalam talian atau di cawangan PROTON.
Kenapa tak dedah lagi harga X70 ni? Apa masalah Proton?