Jesko Absolut bakal jadi model terpantas pernah dihasilkan oleh Koenigsegg

1926

Koenigsegg ingin mencipta sejarah dalam dunia automotif dengan memperkenalkan Jesko Absolut yang serba baru. Jentera ini dirancang akan diperkenalkan bersama model Gemera pada pameran Geneva Motor Show 2020 yang telah dibatalkan.

KoenigseggPengeluar kereta dari Sweden itu menyatakan bahawa “ia merupakan Koenisegg yang paling laju pernah dihasilkan, dan syarikat ini tidak akan berusaha untuk membuat jentera yang lebih pantas dari kereta ini”.

Jentera ini mempunyai pekali seretan (drag coefficient) serendah 0.278Cd, hasil dari aerodinamik yang ditala semula. Ia mampu memberikan downforce maksimum hingga 1,400kg, termasuk 800kg pada kelajuan 250km/j dan 1,000kg pada kelajuan 275km/j.



Ini membolehkan jentera ini “mencapai kelajuan yang lebih tinggi, lebih luar biasa daripada mana-mana Koenigsegg atau mana-mana kereta lain”. Koenigsegg tidak mendedahkan sebarang anggaran kelajuan tertinggi jentera ini buat masa ini.

Peningkatan aerodinamik termasuklah hood scoop dan canard hadapan yang kini tiada lagi. Ia juga tidak mempunyai spoiler yang besar, sebaliknya disertakan dengan penambahan dua sirip yang diinspirasikan dari jet pejuang F-15.

Sirip ini akan menstabilkan jentera ini pada kelajuan tinggi dan menyumbang kepada pekali seretan yang rendah.

Hypercar ini disertakan dengan roda belakang 21-inci yang berlainan, disesuaikan dengan tayar 325/30. Ia juga disertakan dengan sistem penggantungan depan yang lebih padat, yang boleh dilembutkan di semua sudut. 

Koenigsegg

Jentera ini dikuasakan oleh enjin V8 5.0-liter twin-turbo, yang disambungkan kepada transmisi 9-kelajuan dan perbezaan elektronik. Ianya mampu menghasilkan sehingga 1,600hp dan 1,500Nm tork dengan bahan api E85, dan 1,280hp dengan penggunaan bahan api petrol RON95 biasa.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here