Modenas Pulsar RS200 dan Dominar D400 turun harga! RM10k untuk RS200, RM14k untuk D400

2383

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) hari ini telah mengumumkan penurunan harga lebih dari 10 peratus bagi model Modenas Pulsar RS200 dan Modenas Dominar D400 yang telah berkuat kuasa pada 8 Mac 2020.

Dengan harga baru ini, model Modenas Pulsar RS200 kini berharga RM9,990, iaitu pengurangan sebanyak RM1,360 atau 12 peratus.



Ini turut diikuti dengan penurunan harga  bagi model ‘sport-touring’ Modenas Dominar D400 yang kini berharga pada RM13,788, iaitu penurunan sebanyak RM1,700 atau 11 peratus lebih rendah daripada harga sebelumnya.

Roslan Roskan, Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS menyatakan bahawa pengurangkan dalam kos pembuatan kedua-dua model tersebut telah membawa kepada penurunan harga ini.

“Melalui penambahbaikan dalam proses pengeluaran kami, pihak MODENAS telah berjaya mengurangkan kos pengeluaran bagi model Modenas Pulsar RS200 dan juga Modenas Dominar D400, lantas menjadikan kedua-dua model popular ini lebih mampu milik bagi semua peminat jentera dua roda di Malaysia,” katanya.

Modenas Pulsar RS200 merupakan motosikal jenis ‘full-fairing streetbike’ dan manakala, Modenas Dominar D400 pula adalah sebuah ‘sport-tourer’.

Kedua-dua model ini dilengkapi dengan enjin silinder tunggal, sejukan cecair, 4-lejang SOHC serta sistem DTS-i dengan suntikan bahan api. Kedua-dua enjin dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan.

Modenas Pulsar RS200 dan Dominar D400 juga dilengkapi bingkai keluki, posisi ekzos unik, dan brek cakera depan ByBre.

Selain daripada pengurangan harga, MODENAS merancang untuk meningkatkan prestasi jualan dengan memperluaskan portfolio produk dan capaiannya serta pembukaan pengedar sah baharu.

Syarikat itu merancang memperkenalkan lima hingga lapan buah model baharu (motosikal dan variasi) ke pasaran Malaysia dalam tahun ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here