Mercedes-AMG GT4 Evo dinaik-taraf, sedia dibeli oleh pasukan-pasukan lumba

1772

Mercedes-AMG akan menawarkan versi terbaru dari model GT4 pada tahun ini, dengan kit Evo yang akan diperkenalkan pada bulan ini bersama GT3 Evo yang baru.

Mercedes-AMG

GT4 Evo mempunyai ciri-ciri reka bentuk baru dan peningkatan teknikal yang memberi tumpuan kepada peningkatan ketahanan prestasi perlumbannya.



Ini termasuk sistem enjin dan sistem penyejukan brek yang lebih baik untuk mengurangkan penggunaan brek dan meningkatkan daya pemacu untuk tempoh yang lama atau dalam keadaan panas.

Ia juga mempunyai beberapa bahagian yang sama dengan model GT3 2020, termasuk komponen suspensi belakang perlumbaan dan lampu depan dan belakang.

Jentera ini akan diperkenalkan pada bulan ini apabila proses homologasi selesai, dimana pesanan sudahpun dibuka. Sementara itu, kesemua jentera AMG GT4 semasa boleh dinaik taraf (upgrade) melalui naik taraf pada kit.

Stefan Wendl, ketua Mercedes-AMG Customer Racing berkata, “Melihat pencapaian Mercedes-AMG GT4, kami berjaya melakukannya dengan cara yang mengagumkan.

“Untuk membolehkan pasukan perlumbaan pelanggan kami mencapai pencapaian teratas pada perlumbaan serta bersedia dengan cara terbaik untuk menghadapi cabaran di pasaran baru seperti Asia dan Amerika Selatan, kami kini telah memutuskan untuk mengemas kini Mercedes-AMG GT4.”

“Edisi baru ini menggabungkan aspek prestasi, keselamatan dan ekonomi, dan telah disesuaikan untuk memenuhi keperluan pasukan pelanggan.”

AMG GT4 Evo ini dikuasakan oleh enjin V8 4.0 liter twin turbo yang mampu menghasilkan sehingga 469hp dan 630Nm tork.

Sejak dilancarkan pada tahun 2018, Mercedes-AMG GT4 telah mencatat 151 kemenangan kelas dan 53 kemenangan keseluruhan daripada 363 perlumbaan yang disertai.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here