10 kereta yang ditayang di Paris Motor Show

2431

Paris Motor Show diadakan setiap dua tahun sekali dan telah berlangsung baru-baru ini. Ia merupakan acara yang dinanti-nantikan para peminat bidang automotif.

10 kereta ini antara yang ditayangkan di Paris Motor Show

10 Paris Motor Show - BMW 3 Series
BMW 3 Series

BMW 3 Series

BMW 3 Series yang sangat popular ini kini hadir dengan casis yang lebih besar dan selamat. Namun begitu beratnya lebih ringan berbanding model terdahulu.

Jentera ini akan mula dijual di United Kingdom pada March tahun depan dengan harga di jalan raya bermula £33,610 (RM 182,990.67).

BMW mengetengahkan ciri baru Intelligent Personal Assistant yang boleh menjadikan BMW 3 Series ini hampir sama seperti KITT Knight Rider.

9
Mercedes-Benz B- Class

Mercedes-Benz B- Class

Reka bentuk Mercedes-Benz B- Class dibina berdasarkan model A-class. Namun, model ini dibina lebih tinggi berbanding model A-Class.

Mercedes Benz B-Class ini bakal mula dijual pada December ini dengan harga bermula dari £23,000 (RM125,561.60).

8
Peugeot e-Legend Concept

Peugeot e-Legend Concept

Peugeot e-Legend Concept ini dibina berdasarkan reka bentuk Peugeot klasik 504 Coupe. Ia juga ditambah dengan rekaan kusyen menggunakan material baldu. Kusyen baldu itu menambahkan lagi ciri estetika pada jentera itu.

Walaupun ia dibina berdasarkan model terdahulu, jentera mendapat perhatian ramai sewaktu di Paris Motor Show kerana teknologi yang diguna.

7
Peugeot 508 SW First Edition

Peugeot 508 SW First Edition

Peugeot juga menampilkan model 508 SW edisi terhadnya di Paris Motor Show. Jentera ini sudah mula dijual di United Kingdom dan hadir dengan dua warna pilihan iaitu Twilight Blue dan Amazonite Grey.

Namun begitu edisi terbahru jentera ini bakal dijual pada tahun hadapan dan dijangka lebih kecil daripada model terdahulu.

6
Ferrari Monza SP1 dan SP2

Ferrari Monza SP1 dan SP2

Ferrari ini telah pun mula dijual walaupun ia berharga £1 juta (RM5,459,200.00) dan jentera ini dibina kurang daripada 500 unit.

Kembar Ferrari ini menjadi bintang di Paris Motor Show kerana mereka antara beberapa supercar yang dipamerkan di situ.

SP1 dan SP2 ini dibina berdasarkan kereta lumba Ferrari pada tahun 1940-an dan 1950-an.

5
Renault EZ-Ultimo Concept

Renault EZ-Ultimo Concept

Renault EZ-Ultimo Concept ini merupakan limousin uber pandu sendiri dimana ia tidak memerlukan pemandu.

Menurut Renault, Limousin ini ditempah mengikut jam mahupun mengikut hari. Khidmatnya disediakan untuk para pelancong mahupun untuk mesyuarat bersama pelanggan.

4
Mercedes-Benz EQ Silver Arrow

Mercedes-Benz EQ Silver Arrow

Jentera ini juga merupakan satu lagi kereta lumba berdasarkan reka bentuk retro namun mengetengahkan ciri futuristik. Jentera ini kelihatan seperti sebuah kapal angkasa.

Ia dilengkapi dengan stereng seperti kerrta lumba F-1 dan disertakan dengan skrin panoramik dengan imej 3D. Skrin itu bakal memaparkan maklumat dalam imej 3D mengenai keadaan sekeliling kenderaan itu.

3
Porsche 911 Speedster

Porsche 911 Speedster

Model pertama Speedster dibina pada tahun 1948 dan model konsep terbaharu telah diperkenal pada Jun yang lepas. Ia diperkenal pada bulan Jun bersempena dengan sambutan ulang tahunnya ke-70.

Bersempena kereta itu dikeluar kan pada tahun 1948, Porsche memaklumkan hanya sebanyak 1,948 unit Porsche 911 bakal dibina.

2
Bugatti Divo

Bugatti Divo

Tidak dinafikan jentera ini yang termahal di Paris Motor Show kerana ia bernilai £4.5 juta (RM24,566,400.00).

Paling mengagumkan, walaupun ia berharga puluhan juta, sebanyak 40 unit telah terjual kepada pelanggan yang sebelum ini pernah membeli Chiron.

1
Renault 5 Classic

Renault 5 Classic

Akhir sekali, setelah memaparkan semua kereta baru dan supercar ini dia Renault 5 tahun 1974. Renault 5 Classic yang menggunakan kuasa elektrik ini gah berdiri dalam gaya retronya tersendiri di Paris Motor Show.

90 unit dibina dengan kerjasama bersama EDF dan kelajuannya mampu mencapai 80 kilometer sejam dalam anggaran jarak sejauh 109 kilometer ke 174 kilometer.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here