Perkhidmatan LRT dan bas kendalian Prasarana beroperasi seperti biasa

1699

Berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan bermula esok, perkhidmatan tren (LRT) dan bas kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) tetap akan beroperasi seperti biasa.

Perkhidmatan tren dan bas

Perkhidmatan tren dan bas kendalian Prasarana Malaysia Berhad yang terbabit adalah transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dan Laluan Ampang/Sri Petaling, Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang, Monorel dan bas Rapid Transit laluan Sunway.



Selain itu, perkhidmatan bas henti-henti Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan, Rapid Kamunting dan Rapid Manjung, yang semuanya akan bermula operasi seperti biasa dengan jadual kekerapan hari bekerja.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Prasarana (Operasi), Muhammad Nizam Alias, bagaimanapun berkata pemantauan akan dibuat kemudian untuk memastikan kesesuaian jadual kekerapan yang digunakan.

Prasarana juga akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pengangkutan terutama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sebelum membuat keputusan berhubung kekerapan perjalanan tren dan bas kendalian syarikat.

Selain itu, Pusat Konsesi Hab Bas Pasar Seni akan dibuka seperti biasa untuk kemudahan golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelajar dan warga emas mendapatkan diskaun 50 peratus bagi perjalanan mereka.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari Twitter dan Instagram serta web Facebook @myrapid atau menghubungi talian hotline 03-78852585.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here