Selamat tinggal! Ini edisi terakhir Subaru BRZ, hanya 100 unit sahaja di dunia

2447

Subaru BRZ Final Edition telah diperkenalkan pada minggu ini dan jentera ini merupakan edisi terakhir kereta sport dengan pacuan roda belakang yang diperkenalkan.

Subaru BRZ Final EditionJentera ini dihasilkan dalam jumlah yang terhad iaitu hanya 100 unit dan juga akan dipasarkan hanya di Jerman. Jentera dengan edisi khas ini disertakan dengan roda 17-inci, caliper brek yang bewarna merah, penyerap hentak daripada Sachs, dan pilihan dua warna iaitu standard Crystal Black Silica dan tambahan USD111(RM481) untuk warna Blue Pearl.

Subaru BRZ Final Edition



Untuk ruangan dalam, jentera ini disertakan dengan tempat duduk balutan campuran antara Alcantara dan kulit dengan campuran dua warna (biru dan hitam). Bahagian kokpit disertakan  dengan penampilan upholsteri kulit, dan jahitan bewarna biru pada papan pemuka, stereng, panel pintu dan tombol gear.

Subaru BRZ Final Edition masih dikuasakan oleh enjin 2.0-liter 4-silinder. Enjin ini berupaya menghasilkan sehingga 205hp dan 211Nm tork dengan kotak gear 6-kelajuan.

Untuk mereka yang malas menukar sendiri gear, versi automatik turut ditawarkan sebagai pilihan dengan tambahan USD1,888 (RM8,182). Tetapi enjin untuk transmisi ini hanya menghasilkan 200hp dan 205Nm tork.

 Harga jualan jentera ini di Jerman bermula pada USD44,000 (RM190,696).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here