8 bahan semulajadi yang dapat menghilangkan luka dan parut dari ekzos

16593

Luka terbakar biasanya akan meninggalkan parut. Termasuk juga apabila kaki atau bahagian badan terkena ekzos motosikal yang panas. Kulit akan melepuh dan mengandungi air.

luka parut

Apabila ia kering, luka ini akan meninggalkan parut. Warna parutnya juga berbeza dan tidak indah jika dipandang. 



Selain itu, kesan parut ini juga susah untuk hilang. Tetapi, anda boleh mengurangkan kesannya dengan menggunakan bahan semula jadi.

Berikut adalah bahan semula jadi yang boleh digunakan untuk membantu menghilangkan luka dan parut berpunca daripada ekzos.

Air bersih

Langkah pertama yang perlu dilakukan jika terkena ekzos panas ialah mencuci luka dengan air bersih yang mengalir. Kaedah ini boleh dilakukan untuk 20 minit pertama setelah terkena ekzos, sebelum kulit mulai melepuh.

luka parut

Dengan membasuh luka menggunakan air bersih selama 20 minit, ia dapat mengelakkan haba daripada masuk ke dalam lapisan kulit yang lebih dalam. Di samping itu, ia juga dapat mengelakkan risiko kulit dari melepuh.

Langkah ini juga merupakan langkah awal yang boleh digunakan untuk mengurangkan kesan parut.

Lidah buaya

Selain itu, gel dari lidah buaya juga boleh digunakan untuk menghilangkan kesan parut yang berpunca dari ekzos panas. Ini kerana, lidah buaya dikenali sebagai tumbuhan yang mempunyai sifat anti-radang.

luka parut

Bahan ini sesuai untuk mencerahkan kulit dan memulihkan kulit yang terjejas akibat luka terbakar. Bukan itu sahaja, lidah buaya juga dapat membantu dalam proses penyembuhan dan menghilangkan parut pada kulit.

Anda hanya perlu mengambil satu batang lidah buaya, kemudian buang kulitnya dan letakkan pada bahagian yang terkena ekzos panas. Sapukannya dengan lembut dan biarkan selama 5-10 minit. Kemudian, bilas ruangan luka tersebut dengan air sehingga bersih. 

Madu

Menggunakan madu juga merupakan salah satu cara untuk menghilangkan parut ekzos yang boleh anda cuba. Seperti lidah buaya, madu mempunyai sifat anti-radang dan anti-bakteria.

luka parut

Sifat ini sangat berguna untuk membantu dalam proses menyembuhkan dan membersihkan luka kulit yang terbakar, mengurangkan rasa sakit dan menghilangkan parut. Malah, hasil dari penyelidikan menunjukkan bahawa madu boleh menghilangkan kesan parut lebih cepat dari krim antibiotik.

Caranya, ambil 1 sudu madu dan letakkan pada kawasan luka atau bekas parut. Sapu dan biarkannya selama 10-15 minit kemudian bilas dengan air sehingga bersih.

Kunyit dan susu

Cara seterusnya ialah dengan menggunakan kunyit dan susu. Kunyit dikenali sebagai herba yang mempunya sifat anti-radang dan anti-septik.

Kedua sifat ini sangat sesuai untuk melegakan kulit yang terjejas kerana terbakar. Sama seperti kunyit, susu juga dapat mengurangkan keradangan kulit secara efektif, dan juga boleh menghilangkan kesan parut. 

Campurkan 2 sudu susu mentah dan taburkan sedikit kunyit sehingga kedua bahan ini sebati. Ambil putik kapas dan celup ke dalam bahan tersebut. Sapukan pada luka dan biarkan selama 5 minit, kemudian bilas dengan air bersih.

Tomato, putih telur dan yoghurt

Tomato adalah buah yang boleh digunakan sebagai cara untuk menghilangkan parut ekzos. Tomato mengandungi banyak vitamin A, C, E dan K yang sangat berguna untuk proses penyembuhan luka.

Di samping itu, kandungan vitamin ini turut disertai oleh sebatian anti-radang yang boleh mengurangkan kesakitan akibat luka terbakar. Bukan itu sahaja, kandungan yang terdapat dalam tomato juga dapat menghilangkan kesan parut.

Campurkan 1 biji tomato yang telah dikisar dengan putih telur dan yogurt ke dalam satu bekas. Kacau hingga sebati dan gunakannya pada luka atau parut. Biarkan selama 15 minit kemudian bilas dengan menggunakan air bersih.

Kentang

Kentang memang dikenali sebagai bahan semulajadi yang boleh mengurangkan dan bahkan menghilangkan parut jerawat.  Kentang juga boleh digunakan sebagai cara untuk menghilangkan parut ekzos.

Selain itu, kentang juga boleh mengeluarkan haba dari badan dan ia sesuai dan digunakan untuk merawat luka terbakar.

Kaedahnya sangat mudah, iaitu rebus 1 biji kentang, kupas kulitnya sehingga bersih. Kemudian potong menjadi dua bahagian, dan gosok kentang pada luka atau parut. Gosok sehingga 5-10 minit kemudian bilas dengan air.

Minyak bijan

Minyak bijan adalah bahan semulajadi yang tidak hanya melembapkan kulit tetapi juga dapat menyerap haba daripad kulit yang terjejas akibat luka terbakar.

Dengan ini, proses penyembuhan luka terbakar akan lebih cepat. Bukan itu sahaja, bahan semulajadi ini mengurangkan parut yang muncul setelah luka terbakar sembuh.

Sekiranya anda ingin mencuba kaedah ini, ambil beberapa titisan minyak bijan kemudian sapukan pada luka.

Minyak lavender

Seperti kebanyakan bahan, minyak lavender juga boleh digunakan untuk penyembuhan luka terbakar. Bahan semulajadi ini dapat mengurangkan kesakitan pada luka dan juga boleh meminimumkan pembentukan parut.

Caranya ialah, campurkan minyak lavender dengan minyak lain seperti minyak zaitun atau minyak bayi (baby oil).

Selepas mencampurkanya dengan rata, sapukan pada luka atau parut. Ini adalah salah satu cara untuk menghilangkan parut ekzos yang boleh anda cuba di rumah.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here