Tayar rosak apabila tidak digunakan, ini penjelasannya

3431

Pengguna dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan pada tayar kenderaan sebulan sekali. Namun, mungkin orang ramai hanya fikir pemeriksaan ini harus dilakukan pada kenderaan yang telah mencapai had perbatuan yang tinggi. Tanggapan ini adalah salah sama sekali kerana tayar rosak walaupun kenderaan itu disimpan dan tidak diguna.

Kereta yang diletakkan di kawasan luar lebih mudah rosak kerana sering terdedah kepada air dan cahaya matahari. Hal ini boleh menyebabkan getah tayar menjadi rapuh dan rosak.

Jentera yang disimpan di tempat tertutup juga boleh mengalami kerosakan pada tayar. Hal ini disebabkan kelembapan pada udara dan haba menjadi punca tayar rosak dan kerapuhan pada tayar.



Walaupun kereta yang disimpan didalam garaj lebih terlindung, namun sekiranya tayar tidak dijaga dengan baik, ia tetap akan rosak dalam jangka masa panjang.

Salah satu punca yang menyebabkan kerapuhan  tayar adalah apabila tayar dibiarkan dalam keadaan kempis. Tayar yang tidak diisi angin dengan cukup akan mengganggu bentuk tayar dan tayar akan mudah merekah.

Bagi mengelakkan tayar rosak dan kemalangan berlaku, pengguna dinasihatkan untuk memeriksa tayar kenderaan sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Pengguna juga dinasihatkan untuk memeriksa kenderaan dan tayar sebelum memulakan pemanduan setelah kereta disimpan dalam jangka masa yang lama.

Pemeriksaan ini sangat penting lebih-lebih lagi kepada pengguna kereta klasik. Hal ini kerana mereka lebih cenderung untuk menyimpan kereta dalam jangka masa yang panjang.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here