Plaza tol Ebor selesai disinfeksi tempat seorang kakitangan disahkan positif Covid-19

1409

Proses disinfeksi, sanitasi dan pembersihan di Plaza Tol Ebor (Plaza Masuk) oleh agensi yang berkaitan selesai kira-kira jam 1:30 tengahari tadi, selepas seorang kakitangan di plaza tol berkenaan disahkan positif Covid-19 semalam.

Bagaimanapun, sepertimana yang dimaklumkan, plaza tol berkenaan masih ditutup sepenuhnya sehingga tengah malam ini bagi menyusun dan menyediakan semula peralatan operasi untuk persediaan pembukaan tol plaza.



Pengguna dari sekitar Shah Alam, Batu Tiga dan kawasan sekitar yang ingin memasuki lebuhraya ELITE untuk ke KLIA, Putrajaya atau selatan dinasihatkan supaya berbuat demikian menerusi Plaza Tol Shah Alam atau Seafield.

PLUS menasihatkan semua pelanggan lebuhraya supaya sentiasa mengamalkan penjarakkan sosial bagi membendung penyebaran Covid-19.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here