1800 biji tayar F1 dilupus selepas pembatalan GP Australia, buat apa dengan tayar ini semua?

2112

Pirelli, pembekal tayar Formula 1, membekalkan beribu-ribu tayar pada setiap perlumbaan, dan bertanggungjawab untuk memasangnya ke rim. Syarikat ini terpaksa melupuskan sebanyak 1800 tayar selepas Grand Prix Australia dibatalkan.

“Kami selesai memasang tayar pada petang Khamis, dan kemudian kami terpaksa membuang semuanya,” kata bos sukan permotoran Pirelli, Mario Isola.



Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa tayar tersebut tidak disimpan dan digunakan pada perlumbaan berikutnya?

Jawapannya ialah, menurut Isola, tayar yang telah dipasang dan dibuka kembali tidak akan memiliki tahap kekuatan yang sama seperti tayar baharu. 

tayar Formula 1

“Selain itu, apabila ingin mengeluarkan tayar dari rim, tekanan akan dikenakan pada bingkai tayar. Sudah tentu kami tidak lagi yakin untuk menggunakan tayar itu lagi kerana tahap tekanan yang dikenakan pada tayar sangat tinggi. Jadi, kami tidak mahu mengambil sebarang risiko.”

Jadi apa yang berlaku kepada tayar 1800 yang tidak digunakan dan dibuang?

Tayar tersebut bukan sahaja dibuang malah Pirelli menghancurkan tayar-tayar itu dan kemudian menghantarnya ke U.K., dimana ia akan dikitar semula dan diubah menjadi bahan simen di sebuah kilang.

tayar Formula 1

Walaupun jumlah itu mungkin kelihatan mengejutkan, Pirelli melupuskan beratus-ratus tayar Formula 1 pada setiap hujung perlumbaan. 

“Pada masa akan datang, dan memandangkan kami akan mempunyai pembekal tunggal dan reka bentuk standard untuk rim, kami akan berusaha untuk bekerja bersama mencari cara untuk menyesuaikan dan menyusun tayar dan menggunakan semula mereka,” kata Isola. “Tetapi kami perlu memastikan bahawa kami tidak mengambil sebarang risiko.”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here