Syarikat Jepun, Sharp Corporation memfailkan tuntutan pelanggaran hak paten terhadap unit Tesla yang dijual di pasaran Jepun.
Tuntutan yang difailkan di Tokyo itu mengatakan bahawa peralatan komunikasi mudah alih yang dipasang beberapa model Tesla, melanggar paten yang dimiliki oleh Sharp. Jentera yang terlibat adalah Tesla Model 3, Model S dan Model X.
Sharp juga meminta Tesla untuk menghentikan sementara kemasukan model-model yang terlibat sebagai sebahagian daripada tuntutan yang difailkan.
Kedua-dua pihak dari Sharp dan Tesla juga tidak memberi penjelasan yang lebih lanjut berhubung kes ini.
Sharp Corporation sebelum ini pernah memfailkan kes pelanggaran hak paten dalam beberapa bulan kebelakangan ini, dengan menuduh jenama TV Amerika Syarikat, Vizio Inc dan pembuat telefon pintar dari China iaitu OPPO.