Pasukan tentera di Thailand telah mula melakukan kerja-kerja pembasmian kuman pada setiap jalan di Bangkok untuk memerangi penularan virus Covid-19.
Unit tentera telah dikerahkan untuk melakukan aktiviti pembasmian kuman pada setiap hari bermula dari jam 1 pagi hingga 5 pagi. Proses pembasmian ini dijangka akan dilakukan sehingga hujung bulan ini.
Selain itu, operasi ini juga menggunakan air bersih yang dicampur dengan cecair disinfeksi.
The army began spraying roads near Sanam Luang in #Bangkok with disinfectant to combat the spread of the #COVID19 #coronavirus. #BangkokPost pic.twitter.com/tlzql4rpGv
— Bangkok Post (@BangkokPostNews) March 19, 2020
Proses penyemburan jalan raya ini diluluskan pada mesyuarat pihak tentera yang dipengerusikan oleh ketua tentera, Apirat Kongsompong. Aktiviti ini dilaksanakan oleh Unit Pertahanan Udara Tentera dan Jabatan Kimia Angkatan Darat, kata jurucakap wakil tentera, Col Sirichan Ngathong.
Aktiviti ini dijalankan pada waktu awal pagi bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Proses pembersihan ini tertumpu kepada jalan raya di sekitar zon perdagangan, stesen pengangkutan, pelabuhan, kemudahan pendidikan, kawasan aktiviti luaran dan kawasan perhimpunan awam.
Kerajaan Thailand juga telah mengarahkan penutupan bagi premis hiburan selama 2 minggu dan tempat lain yang sering dikunjungi oleh orang awam.