#Tips: Apa benda pemanduan ‘defensive’, kena belajar bersilat ke?

2096

Boleh dikatakan kemalangan yang berlaku berpunca adalah sikap pengguna jalan raya sendiri, sama ada kelalaian orang lain atau tidak menumpu perhatian sepenuhnya ketika memandu.

Sebagai contoh, sekiranya fikiran kita terpesong apabila memandu dan ketika itulah terdedahnya kepada risiko kemalangan.



Anda seharusnya memberi tumpuan kepada persekitaran, selain kenal pasti ruang untuk mengelak dan ia secara tidak langsung melatih pemandu lebih cekap.

Dari segi penglihatan, ia sangat membantu anda. Jika anda melihat kenderaan di depan anda banyak kemek atau calar. Boleh taksirkan pemandu kenderaan itu mungkin kurang berpengalaman dan anda perlulah awasi pergerakkannya.

Jika ternampak kereta di depan juga memandu secara dalam keadaan bahaya atau hilang tumpuan. Jadi anda perlu memotong kenderaan itu secepat mungkin atau memperlahankan bagi memastikan jarak selamat.

Anda harus boleh ‘membaca’ tindakan yang mungkin dilakukan pengguna jalan raya yang lain. Jadi kemalangan boleh dielakkan dan itulah asas pemanduan defensive.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here