Pihak polis bakal diberi kebenaran untuk mengambil tindakan tegas dengan mengeluarkan kompaun kepada mereka ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Pihak polis sudah diberikan kebenaran untuk mengambil tindakan yang tegas antaranya adalah mungkin dilakukan dengan segera mengeluarkan kompaun dan sebagainya, selain membawa mereka ke mahkamah,” katanya pada sidang media PKP sebentar tadi.
Sebelum itu beliau berkata, seramai 649 individu ditahan semalam dan jumlah itu berganda berbanding hari sebelum itu.
Katanya, daripada tangkapan-tangkapan yang dilakukan sebelum ini, seramai 73 individu dituduh di mahkamah dan mereka mengaku bersalah.
Menurutnya, sebanyak 997 sekatan jalan raya dilakukan dan 301,938 kenderaan diperiksa semalam, jumlah pemeriksaan kenderaan itu dilihat berlaku peningkatan berbanding 200,000 pada hari sebelumnya.
[LIVE] Sidang media oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). #BHTV#NSTTV#METROTV
Posted by INK Studio on Saturday, March 28, 2020