#FAQ: Adakah anda perlu isi apa-apa maklumat untuk dapat Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

4292

Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia mengumumkan tentang Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion.

Berikutan pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan, Bantuan Prihatin Nasional (BPN) diperuntukkan sebanyak RM10 bilion bagi golongan rakyat yang layak.

Bantuan Prihatin Nasional (BPN)



Bersumberkan Kementerian Kewangan, kami akan menjelaskan mengenai pelaksanaan dan cara mengakses bantuan tersebut.

Pembayaran BPN akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020, mengikut kelayakan berikut:

Kriteria Kelayakan

Kategori Dan Pendapatan Bulanan Pendapatan Isi Rumah RM4,000 ke bawah Pendapatan Isi Rumah RM4,001 hingga RM8,000 Bujang RM2,000 ke bawah Bujang RM2,001 hingga RM4,000
Jumlah Bantuan BPN RM1,600 RM1,000 RM800 RM500
Tempoh / Pembayaran April: RM1,000 Mei: RM600 April: RM500 Mei: RM500 April: RM500 Mei: RM300 April: RM250 Mei: RM250
Penerima BPN yang TIDAK PERLU memohon atau mengemukakan permohonan baharu Isi rumah yang sebelum ini telah diluluskan bawah senarai Bantuan Sara Hidup (BSH) Isi rumah pembayar cukai yang sedia ada berdaftar dengan LHDNM Individu bujang yang sebelum ini telah diluluskan bawah senarai Bantuan Sara Hidup (BSH Individu bujang pembayar cukai yang sedia ada berdaftar dengan LHDNM
Penerimaan bayaran bantuan Secara terus ke akaun bank berdaftar di bawah BSH Secara terus ke akaun bank berdaftar dengan LHDNM Secara terus ke akaun bank berdaftar di bawah BSH Secara terus ke akaun bank berdaftar dengan LHDNM

 

Bagi mereka yang belum berdaftar, permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDNM: www.hasil.gov.my.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon atau saluran-saluran berikut:

Soalan lazim (FAQ) mengenai Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2020 bagi golongan B40 dan M40

1. Apakah Bantuan Prihatin Nasional?

Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40.

Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup.

Manakala Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

2. Siapakah yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 dan M40?

Kategori yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut:

Isi Rumah

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang ada melaporkan maklumat anak pada permohonan BSH 2020; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah.

Bujang

  • Bujang atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak melaporkan maklumat anak pada permohonan BSH 2020; dan
  • Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas); dan
  • Pendapatan bujang adalah RM2,000 dan kebawah.

Kategori yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) M40 pembayar cukai yang berdaftar dengan LHDNM yang berstatus adalah seperti berikut:

Isi Rumah

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda berdasarkan data percukaian; dan
  • Pendapatan agregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).

Bujang

  • Individu yang berstatus bujang dalam data percukaian; dan
  • Had umur adalah 21 tahun dan ke atas; dan
  • Pendapatan bulanan adalah RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).
  • Pembayar cukai yang merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.

3. Berapakah bayaran Bantuan Prihatin Nasional yang akan diterima oleh golongan B40 dan M40?

 Jumlah bayaran yang akan diterima adalah secara one-off seperti berikut:

 

Kategori

 

Pendapatan

Peringkat Bayaran

 

Jumlah

Bayaran Pertama (April 2020)

Bayaran Kedua (Mei 2020)

Isi Rumah

 

RM0 – RM4,000

 

RM1,000

 

RM600

 

RM1,600

RM4,001 – RM8,000

 

RM500

 

RM500

 

RM1,000

Bujang

 

RM0 – RM2,000

 

RM500

 

RM300

 

RM800

RM2,001 – RM4,000

 

RM250

 

RM250

 

RM500

 

4. Bilakah tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 dan M40 boleh dibuat?

Tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 akan dibuat pada bulan April dan Mei 2020.

5. Bagaimanakah kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 dan M40 ini dilaksanakan?

Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut:

Pembayaran sekiranya:

  • Ada maklumat akaun – bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau
  • Jika status bayaran adalah gagal kredit – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional
  • Tiada akaun – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)

Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional M40 adalah seperti berikut:

  • Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini yang telah dikemukakan.
  • Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah.
  • Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.

6. Bagaimana jika akaun bank yang didaftarkan adalah tidak aktif atau tutup?

Bagi Bantuan Prihatin Nasional B40:

Sekiranya status pengkreditan adalah Gagal Kredit, pembayaran akan dibuat secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional.

Bagi Bantuan Prihatin Nasional M40:

Pemohon boleh mengemaskini maklumat akaun bank melalui aplikasi e-Kemaskini (https://ez.hasil.gov.my/ci/ > e-Kemaskini > Profil Diri) untuk memastikan maklumat akaun bank adalah terkini dan aktif. Pastikan akaun bank adalah atas nama penerima.

7. Bila dan bagaimana semakan status penerimaan Bantuan Prihatin Nasional B40 dan M40 boleh dibuat?

Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020. Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:

  • Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan, dan
  • Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN yang ditetapkan

Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi berikut:

8. Adakah permohonan baru boleh dibuat sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima Bantuan Prihatin Nasional B40 dan M40?

 Ya. Jika memenuhi kriteria tetapi tidak tersenarai, permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional untuk B40 dan M40 boleh dibuat mulai 1 April 2020 secara dalam talian di Portal Rasmi berikut sahaja:

9. Apakah dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional?

Selain daripada mengisi borang atas talian, pemohon boleh mengemukakan bukti pendapatan. Kesemua permohonan akan disemak berdasarkan data agensi yang telah ditetapkan.

10. Bilakah bayaran bagi mereka yang membuat permohonan Bantuan Prihatin Nasional akan dilakukan?

Sekiranya permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional diluluskan, bayaran akan dibuat pada bulan Mei 2020 secara sekaligus.

11. Jika pemohon bujang berstatus pelajar sepenuh masa, adakah layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 dan M40?

Tidak. Pemohon Bujang yang berstatus pelajar sepenuh masa adalah tidak layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40.

12. Adakah penerima Bantuan Prihatin Nasional B40 dan M40 yang berada di pedalaman negeri Sabah dan Sarawak akan menerima bayaran pada April 2020?

Tidak. Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 bagi penerima Pedalaman di Negeri Sabah dan Sarawak akan dibuat secara sekaligus bersekali dengan bayaran Bantuan Sara Hidup 2020.

13. Bagaimanakah kaedah pembayaran Bantuan Prihatin Nasional bagi penerima pedalaman di Negeri Sabah dan Sarawak dilaksanakan?

 Kaedah pembayaran akan dilaksanakan melalui pembukaan kaunter di kawasan pedalaman Negeri Sabah dan Sarawak yang akan diselaraskan oleh Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Sarawak melalui Kementerian Kewangan Malaysia. Lokasi dan tarikh akan dimaklumkan kemudian.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here