Wabak Covid-19 sememangnya menjadi pandemik dunia dengan angka penyebaran yang agak membimbangkan buat masa ini.
Semua operasi perniagaan ditutup dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung jangkitan.
Dalam pada itu, kerajaan telah mewujudkan bantuan bernilai RM250 bilion untuk meringankan beban rakyat, dan syarikat automotif juga turut menyampaikan bantuan dalam berbagai bentuk.
Bagi syarikat automotif nasional, Proton, mereka telah menggerakkan sebanyak 50 unit Proton X70 untuk kegunaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menurut laman Facebook Proton, SUV itu akan digunakan khas untuk tujuan “pengangkutan wira perubatan pergi dan balik dari tempat kerja, selain menggegaskan mereka ke kawasan-kawasan yang memerlukan perhatian serius.”
Syabas, pihak Proton. Semoga lebih banyak bantuan akan diberikan kepada frontliners negara kita dan semoga wabak ini dapat diatasi secepat mungkin.