Lori Gardenia dibawa lari, tapi roti tidak hilang – Balik kampung tanpa sekatan jalanraya?

17829

Kebelakangan ini nama roti Gardenia sering menjadi sebutan kerana sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), permintaannya semakin meningkat.

Pihak Gardenia sendiri telah meningkatkan kapasiti pengeluarannya untuk menampung permintaan. Sebanyak 2.2 juta buku roti dikeluarkan sehari menerusi lima kilang yang beroperasi 24 jam.

Kegilaan terhadap roti Gardenia juga menjadi fenomena dengan netizen yang bergurau ingin swap roti jenama itu dengan iPhone, jam tangan, malah sport rim pun ada!



Kami juga terjumpa group yang baru ditubuhkan di Facebook iaitu tempat penjual dan pembeli roti Gardenia. Tak pasti lah group itu serius atau sekadar troll. Macam-macam!

 

Terbaharu semalam, tular di Facebook mengenai kehilangan sebuah lori Gardenia dengan nombor pendaftaran BKK 3140. Lori Hicom Perkasa itu dikatakan hilang di Kuala Lumpur.

Namun tak lama kemudian, pemilik akaun Facebook Mohamad Khairi Mansor melaporkan bahawa lori itu sudah ditemui di Kijal, Terengganu.

Menurutnya, lori itu ditinggalkan di depan Masjid Kampung Beris Meraga, Kijal. Pencurinya telah melarikan diri, namun menariknya, muatan roti di dalamnya masih ada.

Apa yang mencuri perhatian adalah, komen dari netizen yang rata-rata berpendapat lori tersebut dicuri kerana ‘si pencuri ingin pulang ke kampung tanpa di tahan oleh pihak berkuasa’ yang kini sedang membuat sekatan jalan besar-besaran.

Ini betul-betul plot twist!

Mungkin juga, kan? Apa pendapat korang?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here