2 pekerja Ford di Dearborn, Amerika Syarikat meninggal dunia kerana Covid-19

2860

Menurut United Auto Workers (UAW), dua orang pekerja Ford di Dearborn, Amerika Syarikat telah meninggal dunia akibat Covid-19.

Ford Deadborn

Jurucakap UAW, Rory L. Gamble, berkata mangsa yang terlibat merupakan seorang pekerja syarikat Ford Motor Co. Dearborn Stamping dan seorang lagi mangsa merupakan pekerja Ford Data Center di Dearborn.



“Saya mewakili Lembaga Eksekutif Antarabangsa kami, ingin berterima kasih kepada barisan hadapan yang berjuang memerangi penularan virus ini untuk memastikan kami semua berada dalam keadaan selamat,” kata Gamble. “Kami berdoa untuk kesejahteraan dan keselamatan anda.”

Gamble memberi perkembangan mengenai usaha General Motors untuk mencipta peralatan perlindungan peribadi. Kilang General Motors di Warren, kini ditukar operasinya kepada proses pembuatan topeng muka. Kilang ini dijangka akan menghasilkan 50,000 topeng muka pada setiap hari, dengan peningkatan potensi penghasilan sebanyak 100,000 topeng muka sehari.

“Setiap hari saya dan keluarga UAW sentiasa berdoa,” kata Gamble. “Kita bersama-sama mengharungi krisis ini.”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here