Mercedes-Benz India sediakan 1,500 katil untuk pesakit Covid-19 di hospital

1230

Mercedes-Benz India muncul sebagai salah satu penyumbang utama dimana mereka mengesahkan akan mengumumkan rancangan untuk mendirikan sebuah hospital sementara secara khas untuk pesakit Covid-19.

Mercedes-Benz India

Kemudahan ini disediakan di perkampungan Mhalunge-Ingale di Chakan Khed (berhampiran Pune) dan akan mempunyai sekitar 1,500 katil di wad isolasi.



Pihak dari Mercedes akan membantu pemerintah tempatan dalam membangunkan membangunkan semua infrastruktur yang diperlukan seperti kemudahan OPD, peralatan perubatan, kerusi roda, stretcher, sanitizer, kit PPE dan lain-lain. Alatan berikut merupakan keperluan yang diperlukan untuk rawatan yang berkesan bagi pesakit yang positif Covid-19.

Selain dari hospital sementara, Mercedes-Benz India telah menyumbangkan ventilator kepada Yayasan Perubatan Grant (Ruby Hall Clinic). Ventilator memainkan peranan penting dalam rawatan pesakit Covid-19 yang menyebabkan masalah pernafasan seperti sesak nafas.

Setakat ini, jumlah ventilator yang terdapat di negara tersebut sangat terhad. Alat bantuan pernafasan ini diperlukan dengan lebih banyak berikutan kes Covid-19 yang semakin meningkat. 

Setelah pandemik Covid-19 ini berakhir, pihak Mercedes akan menutup hospital sementara ini dan semua kelengkapan perubatan akan disumbangkan kepada hospital tempatan. Sementara aset lain dari wad pengasingan akan diserahkan kepada pihak berkuasa di India.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here