Covid-19: Formula 1 berada dalam ‘keadaan sangat tenat’

1258

Ketua Pegawai Eksekutif McLaren, Zak Brown berkata bahawa pandemik Covid-19 telah mengakibatkan acara Formula 1 berada dalam “keadaan yang sangat tenat”, dan memberi amaran bahawa sebanyak empat pasukan akan menarik diri dari pertandingan.

Formula 1 covid-19

Kejuaraan dunia tersebut pada tahun ini tidak dapat dimulakan dimana lapan dari 22 perlumbaan yang dijadualkan telah dibatalkan atau ditangguhkan.



“Ini berpotensi memberi kesan kepada sesebuah pasukan, dan jika ianya berlaku, maka ia akan menjejaskan perlumbaan Formula 1 secara keseluruhan,” kata Brown.

Brown menegaskan bahawa semua pasukan bersetuju untuk menurunkan bajet 2021 kepada USD150 juta (RM655 juta) dari USD175 juta (RM763 juta).

Walau bagaimanapun, dia berkata bajet perbelanjaan tersebut perlu dikurangkan lagi untuk menanggung nilai kejatuhan mata wang disebabkan penularan pandemik ini.

“Apa yang saya lihat berdasarkan apa yang berlaku sekarang di seluruh dunia, jika kita tidak menguruskan situasi ini dengan lebih agresif, akan berlaku penarikan diri dari dua pasukan.”

“Malah, saya merasakan ia mampu menyebabkan empat pasukan menarik diri jika kita tidak mengawal perkara ini dengan baik,” kata Brown.

Brown berkata, situasi ekonomi dan kesihatan sukar untuk mengharapkan seseorang datang bakal mengambil alih pasukan yang sedang bergelut.

McLaren minggu lalu menjadi pasukan pertama terpaksa mengasingkan beberapa pekerja mereka selama tiga bulan menerusi skim yang ditawarkan oleh kerajaan tempatan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here