Covid-19: Giliran Williams rehatkan pekerja, potongan gaji kepada pelumba

1431

Williams menjadi pasukan Formula 1 kedua merehatkan pekerjanya kerana penularan pandemik Covid-19 yang semakin luas di seluruh dunia. Williams covid-19

Musim Formula 1 tahun ini terganggu kerana pandemik itu dan pasukan yang berpangkalan di Britain itu mengumumkan langkah mengurangkan kos seminggu selepas McLaren mengambil langkah sama.

Pelumba mereka yang berasal dari Kanada, Latidi dan Rusell yang berasal dari Britain bersama eksekutif kanan Williams bersetuju dengan pemotongan gaji sebanyak 20 peratus bermula 1 April 2020. Manakala kakitangan yang lain pula mengambil cuti sehingga penghujung bulan Mei.



Pemandu McLaren, Carlos Sainz dan Lando Norris secara sukarela memotong gaji mereka minggu lalu.

“Kerana situasi berterusan membabitkan Covid-19, ROKiT Williams Racing secara sementara merehatkan sejumlah pekerja sebagai sebahagian langkah mengurangkan kos,” kata kenyataan Williams.

“Tempoh cuti rehat sehingga penghujung Mei manakala pengurusan kanan dan pemandu kami, menerima pemotongan gaji 20% bermula 1 April.”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here