Audi RS6 Avant ABT ini ialah super wagon yang sedia untuk tapau supercar

3950

Audi RS6 Avant versi ABT ini telah ditunjukkan pada Disember lepas, dan kini ABT telah menyiarkan imej-imej terperinci super-wagon yang penuh dengan gentian karbon untuk merendahkan beratnya.

Macamlah RS6 Avant biasa tu tak cukup garang, tapi versi ABT ini diberikan lip depan, diffuser belakang direka semula, fender dan skirt tepi baharu. Lebih dari 10 komponen baharu di bahagian luar ini, lengkap dengan rim aloi 22-inci yang hensem. 



Di belakang, dua ekzos bujur besar yang menjadi identiti RS telah ditukar dengan ekzos quad stainless-steel ABT dengan hujung gentian karbon. Suspensi juga dilaras semula untuk membolehkan kereta ini mengambil selekoh dengan lebih agresif.

Enjin 4.0-liter twin-turbo V8 pada RS6 standard sudah cukup berkuasa, dengan 591hp dan 800Nm tork. Tetapi versi ABT ini menghamburkan 730hp dan 920Nm tork. Gila! Ini dah tahap supercar!

Pecutan 01-00km/j boleh dibuat dalam 3.2 saat (0.4 saat lebih pantas dari model standard) dan kelajuan maksima ialah 320km/j.

Hanya 125 unit RS6 Avant ABT ini akan dkeluarkan, dengan nama RS6-R. Harganya? Dari harga Audi RS6 Avant biasa, anda tambah lagi USD75,600 (RM328k) untuk menjadikannya versi ABT. Amacam?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here