Harga minyak kembali meningkat semula apabila keyakinan meningkat bahawa mesyuarat diketuai Pertubuhan Negara Pengeskport Minyak (OPEC) bagi membincangkan pemotongan pengeluaran akan diputuskan minggu ini.
Harga minyak mentah mengalami kejatuhan ketara sejak perbincangan pemotongan pengeluaran antara OPEC dan sekutunya beberapa kali tidak berjaya. Bagaimanapun ia dijadualkan semula pada Khamis.
Penanda aras Amerika Syarikat (AS), West Texas Intermediate naik 3.83 peratus kepada AS$27.08 setong sewaktu dibuka di Asia. Minyak mentah antarabangsa Brent mentah naik 2.81 peratus kepada AS$33.98.
Harga minyak jatuh ke paras yang tidak pernah dilihat sejak 17 tahun ini. Ia berpunca oleh pandemik coronavirus dan perang harga antara Russia serta Arab Saudi.
“Harga pulih daripada beberapa kerugian awal, kerana Russia dan Arab Saudi mencadangkan kesediaan mereka untuk memotong pengeluaran tetapi hanya jika seluruh dunia mengikuti langkah mereka,” kata ANZ Bank dalam nota.
“Blok penghalang ketika ini nampaknya hanya AS, yang enggan menyertai perjanjian.” katanya.